Owners manual
105
Melenyapkan nada dering – Tandakan semak untuk membolehkan anda mengangkat
telefon daripada permukaan rata untuk melenyapkan nada dering panggilan masuk.
Panggilan masuk secara senyap – Tandakan semak untuk membolehkan anda
menterbalikkan telefon untuk menyenyapkan panggilan masuk.
Penggera tidur sekejap atau berhenti – Tandakan semak untuk membolehkan anda
menterbalikkan peranti supaya menunda atau menghentikan penggera.
Jeda video – Tandakan semak untuk membolehkan anda menterbalikkan peranti
supaya menjeda video yang sedang dimainkan.
Alihkan item-item skrin utama – Tandakan semak untuk membolehkan anda
mengalih ikon ke skrin lain dengan menyendengkan telefon. Ketik dan tahan ikon dan
sendengkan telefon ke kiri atau kanan, kemudian melepaskan di skrin yang anda mahu
ikon itu berada.
Bantuan – Buka panduan bantuan mengenai cara menggunakan ciri Gerakan bagi
peranti anda.
Penentukuran sensor gerakan – Membolehkan anda memperbaiki ketepatan
kecondongan dan kelajuan sensor.
< Operasi tunggal >
Pad kekunci dail – Tandakan semak untuk membolehkan anda mengalih pad kekunci
dail ke sebelah kanan atau kiri peranti. Hanya ketik anak panah untuk mengalihkannya
ke satu sisi atau sebaliknya.
LG Papan kekunci – Tandakan semak untuk membolehkan anda mengalih
papan kekunci ke sebelah kanan atau kiri peranti. Hanya ketik anak panah untuk
mengalihkannya ke satu sisi atau sebaliknya.
Kawalan isyarat – Tandakan semak untuk membolehkan anda meleret papan kekunci
ke kiri atau kanan bagi melaraskan kedudukan papan kekunci LG.
Skrin kunci – Tandakan semak untuk membolehkan anda mengalih pad kekunci
Skrin kunci PIN ke sebelah kanan atau kiri peranti. Hanya ketik anak panah untuk
mengalihkannya ke satu sisi atau sebaliknya.
Bantuan – Memaparkan maklumat mengenai operasi sebelah tangan.