Owners manual

108
Tetapan
< Akses lokasi >
Akses kepada lokasi saya – Jika anda memilih perkhidmatan lokasi Google, telefon
anda akan menentukan anggaran lokasi anda menggunakan Wi-Fi dan rangkaian
mudah alih. Apabila anda memilih pilihan ini, anda akan ditanya sama ada anda
setuju untuk membolehkan Google menggunakan lokasi anda semasa menyediakan
perkhidmatan ini.
Satelit GPS – Jika anda memilih satelit GPS, telefon anda akan menentukan lokasi
anda sehingga peringkat ketepatan jalan.
Lokasi Wi-Fi & rangkaian mudah alih. – Membolehkan apl menggunakan data
daripada sumber seperti Wi-Fi dan rangkaian mudah alih untuk menentukan anggaran
lokasi anda.
< Keselamatan >
Enkripsikan telefon – Membolehkan anda menyulitkan data pada telefon untuk
keselamatan. Anda akan diminta memasukkan PIN atau kata laluan untuk menyahsulit
telefon anda setiap kali anda menghidupkannya.
Sediakan kunci kad SIM – Sediakan kunci kad Micro-USIM atau ubah PIN kad Micro-
USIM.
Menaip kata laluan boleh dilihat – Tunjukkan aksara akhir bagi kata laluan yang
disembunyikan semasa anda menaip.
Pentadbir peranti – Lihat atau nyahaktifkan pentadbir telefon.
Sumber tidak diketahui – Tetapan lalai untuk memasang aplikasi bukan gedung Play.
Mengesahkan aplikasi – Tidak membenarkan atau memberi amaran sebelum
pemasangan aplikasi yang boleh menyebabkan kemudaratan.
Pentauliahan Dipercayai – Paparkan sijil-sijil CA yang dipercayai.
Pasang dari simpanan – Pilih untuk memasang sijil yang disulitkan.
Kosongkan butiran – Alih keluar semua sijil.