Owners manual

109
< Bahasa & input >
Gunakan tetapan Bahasa & input untuk memilih bahasa bagi teks pada telefon anda
dan untuk mengkonfigurasikan papan kekunci atas skrin, termasuk perkataan yang
telah anda tambahkan pada kamusnya.
< Sokongan & set semula >
Tukar tetapan untuk menguruskan tetapan dan data anda.
Sandarkan data saya – Tetapkan untuk menyandarkan tetapan anda dan data
aplikasi pada pelayan Google.
Akaun sandaran – Tetapkan untuk menyandarkan akaun anda.
Simpan semula automatik - Tetapkan untuk memulihkan tetapan dan data aplikasi
anda apabila aplikasi dipasang semula pada peranti anda.
Perkhidmatan LG Backup – Sandarkan semua maklumat tentang peranti dan
memulihkan sekiranya berlaku kehilangan data atau penggantian.
Menetapkan semula data kilang - Tetapkan semula tetapan anda kepada nilai
lalai kilang dan padamkan semua data anda. Jika anda tetapkan semula telefon
dengan cara ini, anda akan digesa untuk memasukkan semula maklumat yang sama
sebagaimana ketika anda memulakan Android buat kali pertama.
< Tarikh & Masa >
Gunakan tetapan Tarikh & Masa untuk menetapkan cara akan dipaparkan. Anda juga
boleh menggunakan tetapan ini untuk menetapkan masa dan zon masa anda sendiri
dan bukan mendapatkan masa semasa daripada rangkaian mudah alih.
< Kebolehcapaian >
Anda boleh menggunakan tetapan Kebolehcapaian untuk mengkonfigurasi sebarang
pasang masuk kebolehcapaian yang telah anda pasang pada telefon anda.
NOTA: Memerlukan pasang masuk tambahan untuk menjadikan boleh dipilih.