Owners manual

12
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
• Jangan biarkan bateri di tempat yang panas atau sejuk, ini mungkin menjejaskan
prestasi bateri.
• Terdapat risiko letupan jika bateri digantikan dengan jenis yang salah.
• Lupuskan bateri yang telah digunakan mengikut arahan pengilang. Sila kitar semula
yang mana mungkin. Jangan lupuskan sebagai sampah rumah yang biasa.
• Jika anda hendak mengganti bateri, bawa ia ke pusat servis LG Electronics atau wakil
penjual yang disahkan untuk mendapatkan bantuan.
• Tanggalkan pengecas dari soket dinding selepas telefon dicas sepenuhnya untuk
menjimatkan kuasa pengecas daripada penggunaan yang tidak perlu.
• Hayat sebenar bateri bergantung kepada konfigurasi rangkaian, tetapan produk, corak
penggunaan, dan keadaan bateri dan persekitaran.
• Pastikan tiada item berbucu tajam seperti kuku atau gigi haiwan, bersentuhan dengan
bateri. Ini akan menyebabkan kebakaran.
• Untuk keselamatan anda, jangan mengeluarkan bateri yang dimasukkan dalam
produk.
PENGISYTIHARAN PEMATUHAN
Dengan ini, LG Electronics mengisytiharkan bahawa produk LG-D802 ini
mematuhi keperluan penting dan peruntukan lain yang berkaitan dalam Arahan
1999/5/EC. Salinan Perisytiharan Pematuhan boleh didapati di http://www.
lg.com/global/support/cedoc/RetrieveProductCeDOC.jsp.
Notis: Perisian Open Source
Untuk mendapatkan kod sumber sepadan di bawah GPL, LGPL, MPL dan
lesen sumber terbuka yang lain, sila lawati http://opensource.lge.com /
Semua terma lesen, penafian dan notis sedia untuk dimuat turun dengan kod
sumber.