Owners manual
15
• Sesetengah aplikasi yang telah anda muat turun mungkin akan mengurangkan kuasa
bateri.
• Semasa menggunakan aplikasi yang dimuat turun, semak tahap cas bateri.
NOTA: Jika anda tidak sengaja tertekan Kekunci Kuasa/Kunci semasa
peranti di dalam poket anda, skrin akan dimatikan secara automatik untuk
menjimatkan kuasa bateri.
Untuk memeriksa tahap cas bateri:
• Ketik > > tab Apl > Tetapan > tab Umum > Mengenai telefon >
Bateri.
Status bateri (mengecas atau menyahcas) dan tahap bateri (peratus dicaj) akan
dipaparkan pada bahagian atas skrin.
Untuk mengawasi dan mengawal bagaimana kuasa bateri digunakan:
• Ketik > > tab Apl > Tetapan > tab Umum > Mengenai telefon >
Bateri > Penggunaan bateri.
Masa penggunaan bateri dipaparkan pada skrin. Ia memberitahu tempoh masa
semenjak anda menyambung telefon anda kepada sumber kuasa atau, jika sedang
disambung kepada sumber kuasa, berapa lama telefon berjalan menggunakan kuasa
bateri pada kali terakhir. Skrin akan menunjukkan aplikasi atau perkhidmatan yang
menggunakan kuasa bateri, yang disusun dari penggunaan terbesar hingga terkecil.