Owners manual
17
AMARAN
Langkah berjaga-jaga semasa menggunakan kunci corak.
Mengingati corak buka kunci yang anda tetapkan amatlah penting. Anda tidak
akan dapat mengakses telefon anda jika anda menggunakan corak yang salah
sebanyak 5 kali. Anda mempunyai 5 peluang untuk memasukkan corak buka
kunci, PIN atau kata laluan anda. Jika anda telah menggunakan kesemua 5
peluang, anda boleh mencuba lagi selepas 30 saat.
Apabila anda tidak dapat ingat Corak buka kunci, PIN, atau Kata Laluan anda:
< Jika anda terlupa corak anda >
Jika anda log masuk ke akaun Google anda pada telefon tetapi gagal memasukkan
corak yang betul sebanyak 5 kali, ketik butang Terlupa corak? di bahagian bawah
skrin. Selepas itu anda diminta untuk log masuk dengan Akaun Google anda, atau anda
perlu memasukkan PIN Sandaran yang telah anda masukkan semasa membuat Kunci
Corak anda.
Jika anda belum membuat akaun Google pada telefon atau anda terlupa PIN Sandaran,
anda perlu melakukan tetapkan semula keras.
< Jika anda telah terlupa PIN atau Kata Laluan anda >
Jika anda terlupa PIN atau Kata Laluan anda, anda perlu melakukan tetapkan semula
keras.
Amaran: Jika anda melakukan set semula keras, semua aplikasi pengguna dan
data pengguna akan terpadam.
NOTA: Jika anda belum log masuk ke Akaun Google anda dan terlupa Corak
Buka Kunci anda, anda perlu memasukkan PIN Sandaran anda.