Owners manual

19
6. Membuka dan beralih aplikasi
Melakukan berbilang tugas menjadi mudah dengan Android, anda boleh membiarkan
lebih daripada satu aplikasi berjalan pada masa yang sama. Tidak perlu keluar
daripada suatu aplikasi sebelum membuka yang satu lagi. Gunakan dan beralih
antara beberapa aplikasi terbuka. Android menguruskan setiap aplikasi, menghentikan
dan memulakannya jika perlu untuk memastikan bahawa aplikasi melahu tidak
menggunakan sumber tanpa ada perlunya.
1 Sentuh dan tahan Kekunci Utama . Senarai aplikasi yang baru digunakan
akan dipaparkan.
2 Ketik aplikasi yang hendak anda akses. Ini tidak menghentikan aplikasi sebelumnya
yang berjalan di latar belakang pada telefon. Pastikan anda mengetik Kekunci
Kembali untuk keluar daripada aplikasi selepas menggunakannya.
• Untuk menghentikan aplikasi, ketik Pengurus tugasan daripada senarai aplikasi yang
baru digunakan, kemudian ketik Henti atau Berhentikan Semua.
• Untuk mengeluarkan aplikasi daripada senarai aplikasi yang baru digunakan, seret
pratonton aplikasi ke kiri atau ke kanan. Untuk mengosongkan semua aplikasi, ketik
Kosongkan semua.
7. Memindahkan muzik, foto dan video menggunakan
Penyegerakan media (MTP)
1 Ketik > > tab Apl > Tetapan > tab Umum > Storan untuk
memeriksa media simpanan.
2 Sambungkan telefon ke PC anda menggunakan kabel USB.
3 Pilih mod sambungan USB akan muncul di skrin telefon anda, Pilih pilihan
Penyegerakan media (MTP).