Owners manual

20
4 Buka folder memori pada PC anda. Anda boleh melihat kandungan penyimpanan
massa pada PC anda dan memindahkan fail dari PC ke Folder memori peranti atau
sebaliknya.
5 Selepas memindahkan fail, luncurkan bar status ke bawah dan ketik USB
disambung dan pilih Cas telefon dari senarai jenis sambungan USB.
8. Pegang telefon anda dengan menegak
Pegang telefon bimbit anda dengan menegak, sebagaimana anda memegang telefon
biasa. Telefon anda mempunyai antena dalaman. Anda hendaklah berhati-hati agar
tidak mencalar atau merosakkan bahagian belakang telefon, kerana ini mungkin akan
menjejaskan prestasi.
Semasa membuat/menerima panggilan atau menghantar/menerima data, elakkan
memegang bahagian bawah telefon di mana antena terletak. Berbuat demikian dapat
menjejaskan kualiti panggilan.
9. Apabila skrin menjadi kaku
Jika skrin menjadi kaku atau telefon tidak memberi respons ketika anda cuba
mengendalikannya:
Tekan dan tahan kekunci Kuasa/Kunci selama 10 saat untuk mematikan telefon
anda. Jika ia masih tidak berfungsi, sila hubungi pusat servis.
10. Jangan sambung telefon anda ketika anda
menghidup atau mematikan PC anda
Pastikan anda memutuskan sambungan telefon anda daripada PC semasa
menghidupkan atau mematikan kuasa PC anda kerana ia mungkin menyebabkan ralat
PC.
Notis penting