Owners manual
21
11. Mod kawalan kekunci perkakasan
Jika paparan telefon anda rosak atau pecah, anda boleh menjawab panggilan masuk,
menamatkan panggilan atau mematikan penggera menggunakan kekunci perkakasan.
1 Matikan telefon anda.
2 Tekan dan tahan Kekunci Kuasa/Kunci dan Kekunci Volum serentak lebih
daripada 6 saat untuk memasuki mod Kawalan kekunci perkakasan.
3 Tekan Kekunci Volum untuk menatal ke pilihan yang dikehendaki, kemudian tekan
Kekunci Kuasa/Kunci untuk mengesahkan.
• Menjawab panggilan: Tekan Kekunci Volum pada masa yang sama.
• Menamatkan panggilan: Tekan Kekunci Kuasa/Kunci semasa panggilan.
• Menghentikan penggera: Apabila penggera berbunyi, tekan dan tahan Kekunci
Naik Volum atau Kekunci Turun Volum untuk menghentikan penggera.
NOTA: Jika cermin paparan telefon pecah dan anda terus menggunakannya,
ia mungkin pecah lebih teruk atau boleh mendatangkan kecederaan. Sila pergi
ke pusat perkhidmatan LG yang sah untuk membaiki telefon anda.