Owners manual
34
Membuka panel pemberitahuan
Sapu ke bawah dari bar status untuk membuka panel pemberitahuan.
Kawasan Togol Pantas
Ketik setiap kekunci togol pantas untuk menghidupkan/
mematikannya. Sentuh dan tahan kekunci untuk
mengakses menu tetapan fungsi. Untuk melihat lebih
banyak kekunci togol, sapu ke kiri atau ke kanan. Ketik
untuk mengalih keluar, menambah atau menyusun
semula kekunci togol.
Aplikasi QSlide
Ketik aplikasi QSlide untuk membuka sebagai tetingkap
kecil pada skrin anda. Ketik
untuk mengalih keluar,
menambah atau menyusun semula aplikasi QSlide.
Ketik untuk mengosongkan semua pemberitahuan.
Pemberitahuan
Pemberitahuan semasa disenaraikan, setiap satunya
dengan keterangan ringkas. Ketik pemberitahuan untuk
melihatnya.
Untuk menutup panel pemberitahuan, sentuh dan seret
tab ke arah atas skrin.
Ikon penunjuk pada Bar Status
Ikon penunjuk muncul pada bar status di bahagian atas skrin untuk melaporkan
panggilan tidak dijawab, mesej baru, acara kalendar, status peranti dan banyak lagi.
Skrin utama anda