Owners manual
37
Papan kekunci atas skrin
Anda juga boleh memasukkan teks menggunakan papan kekunci atas skrin.
Papan kekunci atas skrin muncul secara automatik pada skrin apabila anda perlu
memasukkan teks. Untuk memaparkan papan kekunci secara manual, hanya sentuh
medan teks di mana anda hendak memasukkan teks.
Menggunakan pad kekunci & memasukkan teks
Ketik sekali untuk menjadikan huruf seterusnya yang anda taip dalam huruf besar.
Ketik dua kali untuk membuatkan semua huruf besar.
Ketik untuk beralih kepada papan kekunci angka dan simbol.
Ketik untuk bertukar kepada mod tulisan tangan.
Ketik untuk memasukkan ruang.
Ketik untuk mencipta baris baru.
Ketik untuk memadam aksara yang sebelumnya.
Memasukkan huruf aksen
Apabila anda memilih bahasa Perancis atau Sepanyol sebagai bahasa masukan teks,
anda boleh memasukkan aksara istimewa Perancis atau Sepanyol (seperti “á”).
Contohnya, untuk memasukkan "á", sentuh dan tahan kekunci "a" sehingga kekunci
zum masuk menjadi semakin besar dan memaparkan aksara daripada pelbagai
bahasa.
Kemudian pilih aksara khas yang anda inginkan.