Owners manual

41
NOTA: Sesetengah peranti, terutamanya alat dengar atau kit kereta bebas
tangan, mungkin mempunyai PIN Bluetooth yang ditetapkan, seperti 0000.
Jika peranti yang satu lagi mempunyai PIN, anda akan diminta untuk
memasukkannya.
Hantar data menggunakan ciri wayarles Bluetooth.
1 Pilih fail atau item, seperti kenalan, acara kalendar atau fail media daripada
aplikasi yang bersesuaian atau daripada Muat turun.
2 Pilih pilihan untuk menghantar data melalui Bluetooth.
NOTA: Kaedah untuk memilih pilihan mungkin berbeza mengikut jenis data.
3 Cari dan pasangkan dengan peranti yang didayakan Bluetooth.
Terima data menggunakan ciri wayarles Bluetooth.
1 Ketik > > tab Apl > Tetapan > Rangkaian tab > tetapkan Bluetooth
kepada HIDUPKAN.
2 Ketik menu Bluetooth sekali lagi dan tandakan kotak tanda di bahagian atas skrin
untuk kelihatan pada peranti lain.
NOTA: Untuk memilih tempoh masa bagi peranti anda kelihatan, ketik >
Keterlihatan tamat masa.
3 Pilih Terima untuk mengesahkan bahawa anda bersedia untuk menerima data
daripada peranti.