Owners manual

49
Melaraskan volum panggilan masuk
Untuk melaraskan volum panggilan dalam semasa dalam panggilan, gunakan kekunci
volum naik dan turun di bahagian belakang telefon.
Membuat panggilan kedua
1 Semasa panggilan pertama anda, ketik kekunci Menu > Tambah panggilan
dan dail nombor tersebut. Anda juga boleh melihat senarai nombor telefon yang
didail baru-baru ini dengan mengetik atau mencari kenalan dengan mengetik
dan memilih kenalan yang ingin anda hubungi.
2 Ketik untuk membuat panggilan.
3 Kedua-dua panggilan akan dipaparkan pada skrin panggilan. Panggilan pertama
anda akan dikunci dan ditunda.
4 Ketik nombor yang dipaparkan untuk beralih antara panggilan. Atau ketik
Gabungkan panggilan untuk memulakan panggilan persidangan.
5 Untuk menamatkan panggilan aktif, ketik Tamat atau ketik dan luncurkan bar
pemberitahuan ke bawah dan pilih ikon Tamat panggilan .
NOTA: anda akan dikenakan bayaran bagi setiap panggilan yang anda buat.