Owners manual
53
Mesej
Telefon anda menggabungkan SMS dan MMS ke dalam satu menu intuitif yang mudah
digunakan.
Menghantar mesej
1 Ketik pada skrin Utama dan ketik untuk membuka mesej kosong.
2 Masukkan nama kenalan atau nombor panggilan dalam medan Hingga. Setelah
anda memasukkan nama kenalan, kenalan yang sepadan akan muncul. Anda
boleh mengetik penerima yang dicadangkan. Anda boleh menambahkan lebih
daripada satu kenalan.
NOTA: Anda akan dikenakan caj bagi setiap orang yang dihantar mesej teks
tersebut.
3 Ketik medan Tulis Mesej dan mula mengarang mesej anda.
4 Ketik untuk membuka menu Pilihan. Pilih daripada Mesej segera,
Memasukkan senyuman, Penghantaran dijadual, Tambah subjek dan Buang.
PETUA! Anda boleh ketik ikon untuk melampirkan fail yang anda ingin
kongsi bersama mesej.
5 Ketik Hantar untuk menghantar mesej anda.
6 Maklum balas akan muncul pada skrin. Semasa anda melihat dan menghantar
mesej tambahan, urutan mesej akan diwujudkan.
AMARAN:
• Had 160 aksara mungkin berbeza dari negara ke negara bergantung kepada
bahasa dan cara SMS dikodkan.
• Jika fail imej, video, atau audio ditambah pada mesej SMS, ia akan secara
automatik ditukar menjadi mesej MMS, dan akan dikenakan bayaran
sewajarnya.