Owners manual
55
E-mel
Anda boleh menggunakan aplikasi E-mel untuk membaca e-mel dari perkhidmatan
seperti Gmail. Aplikasi E-mel menyokong jenis akaun berikut: POP3, IMAP dan
Exchange.
Penyedia perkhidmatan atau pentadbir sistem anda akan dapat menyediakan tetapan
akaun yang anda perlukan.
Menguruskan akaun e-mel
Kali pertama anda membuka aplikasi E-mel, wizard persediaan akan terbuka untuk
membantu anda menyediakan akaun e-mel.
Selepas persediaan awal, E-mel akan memaparkan kandungan peti masuk anda.
Untuk menambah satu lagi akaun e-mel:
• Ketik > > tab Apl > E-mail > ketik > Tetapan > Tambah akaun.
Untuk menukar tetapan akaun e-mel:
• Ketik > > tab Apl > E-mail > ketik > Tetapan > Tetapan Umum.
Untuk memadamkan akaun e-mel:
• Ketik > > tab Apl > E-mail > ketik > Tetapan > ketik >
Keluarkan akaun > Pilih akaun untuk dipadam > Buang > pilih Ya.
Menggunakan folder akaun
Ketik > > tab Apl > E-mail > ketik dan pilih Folder.
Setiap akaun mempunyai folder Peti masuksx, Peti keluar, Dihantar dan Draf.
Bergantung pada ciri-ciri yang disokong oleh penyedia perkhidmatan akaun anda, anda
boleh mempunyai folder tambahan.