Owners manual
57
Kamera
Dengan kamera OIS (Penstabil Imej Optik) pada telefon, anda boleh mengambil gambar
yang lebih jelas dengan menyingkirkan gegaran fizikal. Ciri Titik Berbilang AF (Auto
Fokus) membolehkan anda mendapat gambar yang lebih terang dan semula jadi
walaupun objek tidak berada di tengah-tengah.
Untuk membuka aplikasi Kamera, ketik Kamera pada skrin Utama.
Mengenali pencari pandangan
Flash – Pilih daripada Matikan , Hidupkan , Auto .
Tukar kamera – Tukar antara lensa kamera menghadap belakang dan lensa
kamera mengadap hadapan.
Mod tangkapan – Pilih daripada Normal, Tangkap & Koso., Nada dinamik
(HDR), Panorama, VR Panorama, Tangkapan bert., Tangkapan cantik, Kamera
Dwi, Tangkapan mas., Auto pintar, Tenggelam mat. atau Malam.
Tetapan – Ketik ikon ini untuk membuka menu tetapan.
Mod video – Ketik dan luncurkan ikon ini ke bawah untuk bertukar kepada mod video.
Butang tangkap
Galeri – Ketik untuk melihat foto terakhir yang anda tangkap. Ini membolehkan anda
mengakses galeri anda dan melihat foto yang disimpan dari dalam mod kamera.
NOTA: Sila pastikan kanta kamera dalam keadaan bersih sebelum
mengambil gambar.