Owners manual

67
Daripada Galeri anda
Ketik Galeri dan pilih Kamera. Ketik pada ikon main video untuk memainkan
video.
Melaraskan volum semasa melihat video
Untuk melaraskan volum video semasa bermain, gunakan kekunci volum di belakang
belakang telefon.
Menggunakan Zum Audio
Fokuskan rakaman audio di kawasan tertentu yang dipilih, ini akan meningkatkan
kepekaan mikrofon dan mengurangkan hingar latar belakang.
1 Buka aplikasi Kamera dan tukar ke mod video
2 Ketik > Zum audio dan pilih Hidupkan.
3 Ketik ruang kosong pada pencari pandangan untuk menutup tetingkap pop timbul
Tetapan.
4 Pegang telefon secara mendatar dan ketik untuk mula merakam.
5 Fokus subjek yang anda ingin zum masuk di dalam bulatan biru. Kemudian, cubit
untuk mengezum masuk bagi meningkatkan kepekaan bunyi dan menurunkan
hingar.
6 Ketik untuk menghentikan rakaman.
NOTA
• Jangan tutup mikrofon sisi semasa menggunakan ciri ini.
• Anda mesti merakam dalam orientasi landskap untuk menggunakan fungsi
ini.