Owners manual
82
Memainkan video
Fail video menunjukkan ikon dalam pratonton. Pilih video yang hendak ditonton dan
ketik . Aplikasi Video akan dilancarkan.
Mengedit foto
Apabila melihat foto, ketik kekunci Menu > Edit.
Memadamkan foto/video
Gunakan salah satu kaedah berikut:
• Dalam folder, ketik dan pilih gambar/video dengan menandakannya, lalu ketik
pada Padam.
• Semasa melihat foto/video, ketik .
Menetapkan sebagai kertas dinding
Apabila melihat foto, ketik kekunci Menu > Tetapkan imej sebagai untuk
menetapkan imej sebagai kertas hias dinding atau untuk menguntukkannya kepada
kenalan.
NOTA:
• Sesetengah format fail tidak disokong, bergantung kepada perisian peranti.
• Jika saiz fail melebihi memori yang ada, ralat akan berlaku apabila anda
membuka fail.
Video
Telefon anda mempunyai pemain muzik terbina dalam yang membolehkan anda
memainkan semua video kegemaran anda.Untuk mengakses pemain video, ketik
> > tab Apl > Video.
Multimedia