Owners manual

86
Multimedia
Muzik
Telefon anda mempunyai pemain muzik terbina dalam yang membolehkan anda
memainkan semua muzik kegemaran anda. Untuk mengakses pemain muzik, ketik
> > tab Apl > Muzik.
Tambah fail muzik pada telefon anda
Mulakan dengan memindahkan fail muzik ke telefon anda:
• Pindahkan fail menggunakan Penyegerakan media (MTP).
• Muat turun dari Web tanpa wayar.
• Segerakkan telefon anda kepada komputer.
• Terima fail melalui Bluetooth.
Pindahkan fail menggunakan Penyegerakan media (MTP)
1 Sambungkan telefon ke PC anda menggunakan kabel USB.
2 Pilih pilihan Penyegerakan media (MTP). Telefon anda akan kelihatan sebagai
pemacu keras yang lain pada komputer anda. Klik pada pemacu keras ini untuk
melihatnya. Salin fail dari PC anda ke dalam folder pemacu.
3 Apabila anda telah selesai memindahkan fail, seret ke bawah pada Bar Status dan
ketik USB disambung > Cas telefon. Anda kini boleh menanggalkan plag peranti
anda dengan selamat.
Memainkan lagu
1 Ketik > > tab Apl > Muzik.
2 Ketik Lagu.
3 Pilih lagu yang anda mahu mainkan.
Ketik untuk menjeda main balik.
Ketik untuk meneruskan main balik.