Owners manual
89
Luncurkan ketepi (Penukaran tugas pantas dengan
TIGA jari)
Anda boleh menukar kepada tugas lain dengan pantas menggunakan tiga jari.
1 Letakkan tiga jari pada skrin yang anda sedang gunakan dan luncurkan skrin ke
kiri. Skrin semasa disimpan dan anda boleh melakukan tugas lain.
• Anda boleh menyimpan 3 (tiga) aplikasi di bahagian kiri skrin.
2 Untuk membuka semula skrin yang disimpan dan meneruskan penggunaan
aplikasi, letakkan tiga jari pada skrin dan luncurkannya ke kanan.
NOTA: Sila berhati-hati dan jangan meletakkan jari lain atau tapak tangan
pada skrin.
Mod Tetamu
Untuk melindungi privasi anda atau mengehadkan sesetengah aplikasi daripada anak-
anak anda, anda boleh menggunakan mod Tetamu.
Apabila anda meminjamkan telefon anda kepada orang lain, anda boleh mengehadkan
aplikasi yang boleh dipaparkan.
Terlebih dahulu, tetapkan mod Tetamu dan sesuaikan pilihan.
NOTA: Untuk menggunakan mod Tetamu, kunci corak harus ditetapkan
terlebih dahulu.
1 Ketik > > tab Apl > Tetapan > Umum tab > Mod tetamu.
2 Ketik Gunakan Mod Tetamu untuk meletakkan tanda semak.
Utiliti