Owners manual
91
5 Ketik Lokasi dan masukkan lokasi. Semak tarikh dan masukkan masa mula dan
tamat acara.
6 Jika anda ingin menambah nota kepada acara anda, ketik Pautkan note,
kemudian pilih imej buku nota yang disimpan. (Hanya ada pada kalendar Telefon)
7 Jika anda ingin mengulang semula penggera, tetapkan ULANG, dan tetapkan
PERINGATAN, jika perlu.
8 Sentuh Simpan untuk menyimpan acara dalam kalendar.
Perakam Suara
Gunakan perakam suara untuk merakamkan memo suara atau fail audio yang lain.
Merakam bunyi atau suara
1 Ketik > > Perakam suara.
2 Ketik untuk memulakan rakaman.
3 Ketik untuk menamatkan rakaman.
4 Ketik untuk mendengar rakaman.
NOTA: Ketik untuk mengakses album anda. Anda boleh mendengar
rakaman yang disimpan. Masa rakaman yang tersedia mungkin berbeza
daripada masa rakaman sebenar.
Menghantar rakaman suara
1 Sebaik sahaja anda telah selesai merakam, anda boleh menghantar klip audio
dengan mengetik .
2 Pilih daripada Bluetooth, E-mel, Gmail, Memo, Mesej atau SmartShare Beam.
Apabila anda memilih Bluetooth, E-mel, Gmail, Memo, Mesej atau SmartShare
Beam rakaman suara akan ditambah kepada mesej. Anda kemudiannya boleh
menulis dan menghantar mesej seperti biasa.