Owners manual

104
Keperluan Sistem untuk perisian PC "LG PC Suite"
• OS: Windows XP (Service pack 3) 32bit, Windows Vista, Windows 7, Windows 8
• CPU: Pemproses 1GHz atau lebih tinggi
• Memori: RAM 512MB atau lebih tinggi
• Kad grafik: Resolusi 1024 x 768, warna 32 bit atau lebih tinggi
• HDD: 500 MB atau lebih ruang cakera keras bebas (Lebih banyak ruang bebas
cakera keras mungkin diperlukan bergantung pada jumlah data yang disimpan.)
• Perisian diperlukan: pemacu integrasi LG, Windows Media Player 10 atau lebih baru
NOTA: Pemacu USB Bersepadu LG
Pemacu USB bersepadu LG diperlukan untuk menyambungkan peranti LG dan
PC serta dipasang secara automatik apabila anda memasang aplikasi perisian
PC "LG PC Suite".
Menyegerakkan Peranti anda kepada PC
Data daripada peranti dan PC anda boleh disegerakkan dengan mudah dengan adanya
perisian PC "LG PC Suite" untuk kemudahan anda. Kenalan, jadual dan penanda buku
boleh disegerakkan.
Prosedurnya adalah seperti berikut:
1 Sambungkan peranti anda ke PC. (Gunakan kabel USB atau sambungan Wi-Fi.)
2 Luncurkan bar status ke bawah > Ketik USB disambungkan > Pilih Kaedah
sambungan USB, kemudian pilih Peranti media (MTP).
3 Selepas sambungan, jalankan program dan pilih seksyen peranti daripada kategori
di sebelah kiri skrin.
4 Klik Maklumat peribadi untuk memilih.
5 Tandakan kotak semak kandungan untuk menyegerak dan klik butang Pygrkn.
NOTA: Untuk menyegerakkan telefon dengan PC anda, anda perlu
memasang LG PC Suite pada PC anda. Sila rujuk halaman sebelumnya untuk
memasang LG PC Suite.
Perisian PC (LG PC Suite)