Owners manual
108
Tentang panduan pengguna ini
• Sebelum menggunakan peranti anda, sila baca manual ini dengan teliti. Ini akan
memastikan bahawa anda menggunakan telefon anda dengan selamat dan dengan
betul.
• Sesetengah imej dan syot skrin yang disediakan dalam panduan ini mungkin nampak
berbeza pada telefon anda.
• Kandungan anda mungkin berbeza daripada produk akhir, atau daripada perisian
yang dibekalkan oleh pembekal perkhidmatan atau pembawa. Kandungan ini
mungkin tertakluk kepada perubahan tanpa notis lebih awal. Bagi versi terkini manual
ini, sila lawati laman web LG diwww.lg.com.
• Aplikasi telefon anda dan fungsinya mungkin berbeza mengikut negara, wilayah, atau
spesifikasi perkakasan. LG tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang
masalah prestasi yang timbul akibat penggunaan aplikasi yang dibangunkan oleh
pembekal selain daripada LG.
• LG tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap masalah prestasi atau
ketidakserasian yang timbul akibat tetapan daftaran yang diedit atau perisian sistem
pengendalian yang diubah suai. Sebarang cubaan untuk menyesuaikan sistem
pengendalian anda boleh menyebabkan peranti atau aplikasinya tidak berfungsi
sebagaimana sepatutnya.
• Perisian, audio, kertas dinding, imej dan media lain yang dibekalkan bersama peranti
anda telah dilesenkan untuk penggunaan terhad. Jika anda memetik dan menggunakan
bahan-bahan ini untuk tujuan perdagangan atau tujuan lain, anda mungkin melanggar
undang-undang hak cipta. Sebagai pengguna, anda bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap penggunaan media yang tidak sah di sisi undang-undang.
• Bayaran tambahan mungkin dikenakan untuk perkhidmatan data, seperti mesej,
memuat naik dan memuat turun, penyegerakan auto, atau menggunakan
perkhidmatan lokasi. Untuk mengelakkan caj tambahan, pilih pelan data yang sesuai
dengan keperluan anda. Hubungi pembawa perkhidmatan anda untuk mendapatkan
butiran tambahan.
Tentang panduan pengguna ini