Owners manual
16
AMARAN
Untuk melindungi telefon dan data peribadi anda, hanya muat turun aplikasi
daripada sumber yang boleh dipercayai, seperti Play Store™. Jika terdapat
aplikasi yang tidak dipasang dengan betul pada telefon anda, telefon anda
mungkin tidak akan berfungsi sebagaimana sepatutnya atau ralat yang serius
mungkin berlaku. Anda hendaklah menyahpasang aplikasi-aplikasi tersebut
dan semua data dan tetapannya daripada telefon.
4. Menggunakan buka kunci corak
Tetapkan buka kunci corak untuk menjamin keselamatan telefon anda. Ketik >
> tab Aplikasi > Tetapan > tab Paparan > Skrin kunci > Pilih kunci skrin
> Corak. Ini akan membuka skrin yang akan menunjuk ajar cara melukis corak buka
kunci skrin. Anda hendaklah mencipta PIN Sandaran sebagai langkah keselamatan jika
anda terlupa buka kunci corak.
Amaran: Cipta akaun Google dahulu sebelum menetapkan buka kunci corak
dan ingat PIN Sandaran yang anda cipta sewaktu mencipta kunci corak anda.
AMARAN
Langkah berjaga-jaga semasa menggunakan kunci corak.
Mengingati corak buka kunci yang anda tetapkan amatlah penting. Anda
tidak akan dapat mengakses telefon anda jika anda menggunakan corak
yang salah sebanyak 5 kali. Anda mempunyai 5 peluang untuk memasukkan
corak buka kunci, PIN atau kata laluan anda. Jika anda telah menggunakan
kesemua 5 peluang, anda boleh mencuba lagi selepas 30 saat.
Notis penting