Owners manual

18
5 Tekan sama ada Kekunci Kuasa/Kunci untuk meneruskan atau Kekunci Volum
untuk membatalkan.
6 Tekan sama ada Kekunci Kuasa/Kunci sekali lagi untuk mengesahkan atau
Kekunci Volum untuk membatalkan.
AMARAN
Jika anda melakukan Set Semula Keras, semua aplikasi pengguna, data
pengguna dan lesen DRM akan dipadam. Jangan lupa untuk menyandarkan
sebarang data penting sebelum melakukan Tetapkan Semula Keras.
6. Membuka dan beralih aplikasi
Melakukan berbilang tugas menjadi mudah dengan Android, anda boleh membiarkan
lebih daripada satu aplikasi berjalan pada masa yang sama. Tidak perlu keluar
daripada suatu aplikasi sebelum membuka yang satu lagi. Gunakan dan beralih
antara beberapa aplikasi terbuka. Android menguruskan setiap aplikasi, menghentikan
dan memulakannya jika perlu untuk memastikan bahawa aplikasi melahu tidak
menggunakan sumber tanpa ada perlunya.
1 Sentuh dan tahan Kekunci Terbaru . Senarai aplikasi yang baru digunakan
akan dipaparkan.
2 Ketik aplikasi yang hendak anda akses. Ini tidak menghentikan aplikasi sebelumnya
yang berjalan di latar belakang pada telefon. Pastikan anda mengetik Kekunci
Kembali untuk keluar daripada aplikasi selepas menggunakannya.
• Untuk menghentikan aplikasi, ketik Pengurus Tugasan daripada senarai aplikasi
yang baru digunakan, kemudian ketik Henti atau Hentikan semua.
• Untuk mengeluarkan aplikasi daripada senarai aplikasi yang baru digunakan, leret
pratonton aplikasi ke kiri atau ke kanan. Untuk mengosongkan semua aplikasi, ketik
Kosongkan semua.
Notis penting