Owners manual
19
7. Memindahkan muzik, foto dan video menggunakan
Penyegerakan media (MTP)
1 Ketik > > tab Aplikasi > Tetapan > tab Umum > Storan untuk
memeriksa media storan.
2 Sambungkan telefon ke PC anda menggunakan kabel USB.
3 Luncurkan bar status ke bawah dan ketik USB disambungkan dan pilih pilihan
Peranti media (MTP).
4 Buka folder memori pada PC anda. Anda boleh melihat kandungan penyimpanan
massa pada PC anda dan memindahkan fail dari PC ke Folder memori peranti atau
sebaliknya.
5 Selepas memindahkan fail, luncurkan bar status ke bawah dan ketik USB
disambungkan dan pilih Cas telefon dari senarai jenis sambungan USB.
8. Pegang telefon anda dengan menegak
Pegang telefon bimbit anda dengan menegak, sebagaimana anda memegang telefon
biasa. Telefon anda mempunyai antena dalaman. Anda hendaklah berhati-hati agar
tidak mencalar atau merosakkan bahagian belakang telefon, kerana ini mungkin akan
menjejaskan prestasi.
Semasa membuat/menerima panggilan atau menghantar/menerima data, elakkan
memegang bahagian bawah telefon di mana antena terletak. Berbuat demikian dapat
menjejaskan kualiti panggilan.
9. Jangan sambung telefon anda ketika anda
menghidup atau mematikan PC anda
Pastikan anda memutuskan sambungan telefon anda daripada PC semasa
menghidupkan atau mematikan kuasa PC anda kerana ia mungkin menyebabkan ralat
PC.