Owners manual

25
Mengecas telefon anda
Caj bateri sebelum menggunakannya buat kali pertama. Gunakan pengecas untuk
mengecas bateri. Komputer juga boleh digunakan untuk mengecas peranti dengan
menyambungkannya melalui kabel USB.
AMARAN
Hanya gunakan pengecas, bateri dan kabel yang disokong LG. Jika anda
menggunakan pengecas, bateri atau kabel yang tidak diluluskan, ini boleh
menyebabkan pengecasan bateri yang perlahan atau mesej pop timbul
berkenaan pengecasan yang perlahan. Atau ini boleh menyebabkan bateri
meletup atau merosakkan peranti, yang tidak dilindungi waranti.
Penyambung pengecas terletak di bahagian bawah telefon. Masukkan pengecas, dan
pasang plag pada bekalan kuasa elektrik.
NOTA:
• Bateri hendaklah dicas sepenuhnya pada awalnya untuk meningkatkan
jangka hayat bateri.
• Jangan buka penutup belakang semasa telefon anda sedang dicas.