Owners manual
44
lain. Anda boleh set Buka pada menu Keselamatan untuk mengeluarkan ciri
keselamatan daripada rangkaian Wi-Fi anda.
3 Ketik Simpan.
PERHATIAN! Jika anda menetapkan pilihan keselamatan sebagai Buka,
anda tidak dapat menghalang penggunaan perkhidmatan dalam talian yang
tidak sah oleh orang lain dan caj tambahan mungkin akan dikenakan. Untuk
mengelakkan penggunaan tidak sah, anda dinasihatkan agar mengekalkan
pilihan keselamatan ini sebagai aktif.
Wi-Fi Langsung
Wi-Fi Direct menyokong sambungan terus antara peranti yang didayakan Wi-Fi tanpa
memerlukan pusat akses. Disebabkan penggunaan bateri yang tinggi oleh Wi-Fi
direct, anda disyorkan untuk memasang telefon anda ke alur keluar kuasa sementara
menggunakan ciri Wi-Fi Direct. Semak rangkaian Wi-Fi & Wi-Fi Directed anda terlebih
dahulu dan pastikan pengguna dismabungkan ke rangkaian yang sama.
Untuk menghidupkan Wi-Fi Direct:
1 Ketik > > tab Aplikasi > Tetapan > tab Rangkaian > Wi-Fi.
2 Ketik Kekunci Menu > Wi-Fi Direct.
3 Pilih peranti yang hendak disambungkan dalam senarai peranti yang diimbas.
Menggunakan SmartShare
SmartShare menggunakan teknologi DLNA (Digital Living Network Alliance) untuk
berkongsi kandungan digital melalui rangkaian wayarles. Kedua-dua peranti hendaklah
diperakui DLNA untuk menyokong ciri ini. Anda boleh menikmati ciri SmartShare pada
Galeri dan Muzik.
1 Pada kandungan yang anda mahu mainkan atau sorotkan, ketik atau Kekunci
Menu > SmartShare.
Menyambung kepada Rangkaian dan Peranti