Owners manual

46
Wi-Fi yang sama.
• Pastikan ciri DLNA pada peranti berhampiran dihidupkan.
2 Ketik peranti untuk menyambung.
Jika peranti tiada pada senarai, ketik Cari peranti berhampiran.
Selepas sambungan, anda boleh menikmati kandungan daripada peranti berhampiran
pada telefon anda.
Sambungan PC dengan kabel USB
Ketahui cara menyambungkan peranti anda ke PC dengan kabel USB dalam mod
sambungan USB.
Memindahkan muzik, foto dan video menggunakan mod penyimpanan massa
USB
1 Sambungkan telefon anda ke PC menggunakan kabel USB.
2 Jika anda belum memasang Pemacu Platform Android LG pada PC anda, anda
akan diminta untuk menukar tetapan secara manual. Luncurkan bar status ke
bawah > Ketik USB disambungkan > Pilih Kaedah sambungan USB, kemudian
pilih Peranti media (MTP).
3 Anda kini akan dapat melihat kandungan penyimpanan massa pada PC anda dan
memindahkan fail tersebut.
Segerakkan dengan Windows Media Player
Pastikan Windows Media Player dipasangkan pada PC anda.
1 Gunakan kabel USB untuk menyambungkan telefon kepada PC yang telah
memasang Windows Media Player.
2 Pilih pilihan Penyegerakan media (MTP). Apabila bersambung, tetingkap timbul
akan muncul pada PC.
3 Buka Windows Media Player untuk menyegerakkan fail muzik.
4 Edit atau masukkan nama peranti anda dalam tetingkap timbul ( jika perlu).
Menyambung kepada Rangkaian dan Peranti