Owners manual

49
Membuat panggilan kedua
1 Semasa panggilan pertama anda, ketik kekunci Menu > Tambah panggilan
dan dail nombor tersebut. Anda juga boleh melihat senarai nombor telefon yang
didail baru-baru ini dengan mengetik Log panggilan atau mencari kenalan dengan
mengetik Kenalan dan memilih kenalan yang ingin anda hubungi. Selain itu, anda
boleh mencari kenalan dengan mengetik Kegemaran atau Kumpulan.
2 Ketik untuk membuat panggilan.
3 Kedua-dua panggilan akan dipaparkan pada skrin panggilan. Panggilan pertama
anda akan dikunci dan ditunda.
4 Ketik nombor yang dipaparkan untuk beralih antara panggilan. Atau ketik
Gabungkan panggilan untuk memulakan panggilan persidangan.
5 Untuk menamatkan panggilan aktif, ketik Tamat atau ketik dan luncurkan bar
pemberitahuan ke bawah dan pilih ikon Tamatkan panggilan .
NOTA: anda akan dikenakan bayaran bagi setiap panggilan yang anda buat.
Melihat log panggilan anda
Pada skrin Utama, ketik dan pilih Log panggilan.
Lihat senarai lengkap bagi semua panggilan didail, diterima dan tidak dijawab.
PETUA!
• Ketik mana-mana entri log untuk melihat tarikh, masa dan tempoh
panggilan.
• Ketik Kekunci Menu , kemudian ketik Padam semua untuk memadam
semua item yang direkodkan.