Owners manual

63
2 Pilih lokasi dan ketik imej untuk melihat gambar anda.
Pilihan Galeri
Aplikasi Galeri memaparkan gambar dan video dalam storan anda, termasuklah yang
anda telah tangkap dengan aplikasi Kamera dan yang anda telah muat turun daripada
web atau lokasi lain.
Jika anda mempunyai salah satu Akaun Google telefon, anda juga akan melihat album
web Picasa dalam Galeri.
1 Daripada skrin Utama, ketik Kekunci Apl > Galeri untuk melihat imej yang
disimpan dalam storan.
X Seret ke kiri atau ke kanan untuk melihat lebih banyak album.
2 Ketik album untuk membukanya dan melihat kandungannya. (Gambar dan video
dalam album dipaparkan mengikut susunan kronologi.)
3 Ketik gambar dalam album untuk melihatnya.
X Ketik kumpulan gambar sekali lagi untuk memaparkan ikon berikut:
Kamera: Membuka Kamera.
Kongsi: Anda boleh berkongsi gambar melalui pelbagai kaedah seperti
Mesej atau Bluetooth.
Padam: Memadam gambar.