Owners manual

64
Kamera dan Video
X Ketik gambar dalam album, kemudian ketik untuk pilihan berikut: SmartShare,
Tetapkan imej sebagai, Alih, Salin, Salin ke Dulang Klip, Kunci, Pertunjukan
Slaid, Putar kiri, Putar kanan, Pangkas, Tambah lokasi, Namakan semula,
Cetak dan Butiran.
X Ketik Kekunci Kembali untuk kembali kepada skrin sebelumnya.
Peruntukkan Gambar
Selepas mengambil gambar, peruntukkannya sebagai ID gambar untuk entri Kenalan
atau imej latar belakang skrin Utama (kertas dinding).
1 Daripada skrin Utama, ketik Kekunci Apl > Galeri .
2 Ketik album dan ketik imej untuk melihatnya.
3 Apabila gambar dipaparkan, ketik > Tetapkan imej sebagai.
4 Pilih pilihan.
X Foto kenalan untuk memperuntukkan gambar kepada entri Kenalan sebagai
ID gambar. Ketik entri daripada Kenalan, pangkas imej dan ketik OK untuk
memperuntukkan gambar.
X Kertas dinding skrin utama untuk memperuntukkan gambar sebagai imej kertas
dinding, pangkas imej dan ketik OK untuk memperuntukkan gambar tersebut.
X Kertas dinding skrin kunci untuk memperuntukkan gambar sebagai imej latar
belakang skrin kunci anda.
X Kertas dinding untuk memperuntukkan gambar sebagai imej latar belakang,
pangkas imej dan ketik TETAPKAN KERTAS DINDING untuk memperuntukkan
gambar tersebut.
Pilihan Video
Galeri adalah tempat anda boleh mengakses Galeri imej video yang disimpan. Anda
boleh melihatnya, berkongsinya dengan rakan-rakan anda dan memadam atau
mengeditnya.
1 Daripada skrin Utama, ketik Kekunci Apl > Galeri untuk melihat video yang
disimpan dalam storan.