Owners manual
66
Kamera dan Video
NOTA: Semasa video dimainkan, luncurkan bahagian kiri skrin ke atas atau
ke bawah untuk melaraskan kecerahan skrin. Semasa video dimainkan,
luncurkan bahagian kanan skrin ke atas atau ke bawah untuk melaraskan
bunyi. Semasa memainkan video, ketik titik garis masa untuk mempratonton
bahagian video melalui skrin kecil. Ketik skrin kecil untuk melompat ke
bahagian video tersebut. Semasa memainkan video, luncurkan jari anda dari
kiri ke kanan (atau sebaliknya) untuk ke hadapan atau putar balik semula.
Zum Langsung
Zum Langsung membolehkan anda mengezum masuk atau mengezum keluar pada
bahagian video yang sedang dimainkan untuk membuat imbasan yang dikehendaki
kelihatan lebih besar atau lebih kecil.
Semasa menonton video, gunakan jari telunjuk dan ibu jari anda dalam gerakan
mencubit atau mengembang untuk mengezum masuk atau keluar.
NOTA:
• Semasa video dimainkan, luncurkan bahagian kiri skrin ke atas atau ke
bawah untuk melaraskan kecerahan skrin.
• Semasa video dimainkan, luncurkan bahagian kanan skrin ke atas atau ke
bawah untuk melaraskan volum skrin.
• Semasa memainkan video, luncurkan skrin ke kiri atau ke kanan untuk putar
balik semula atau ke hadapan.
• Jangan tekan terlalu kuat; skrin sentuh cukup sensitif untuk mengesan
ketikan yang ringan tetapi kukuh.