Owners manual
94
segera apabila Kekunci Kuasa/Kunci ditekan. Tetapan ini akan membatalkan tetapan
Pemasa kunci keselamatan.
Butang sentuh utama
Tetapkan Kunci Sentuh Utama yang dipaparkan di bahagian bawah semua skrin.
Tetapkan apa yang dipaparkan, kedudukannya di bar dan bagaimana ia kelihatan. Pilih
kekunci dan susunan, tema dan latar belakang.
< FON >
Jenis fon – Tetapkan jenis fon yang digunakan untuk telefon dan menu.
Saiz fon – Tetapkan saiz fon yang dipaparkan di telefon dan menu.
< TETAPAN SKRIN YANG LAIN >
Kecerahan – Laraskan kecerahan skrin. Untuk prestasi bateri yang
terbaik, gunakan kecerahan termalap yang selesa.
LED pemberitahuan – Ketik suis untuk menogol sama ada Dihidupkan atau Dimatikan.
Dihidupkan, akan mengaktifkan lampu LED untuk pemberitahuan yang anda pilih,
mengikut warna yang ditetapkan bagi setiap satu.
Skrin auto putar – Tandakan semak untuk menetapkan telefon secara automatik
memutarkan skrin berdasarkan orientasi telefon (potret atau landskap).
Tamat masa skrin – Tetapkan jumlah masa sebelum skrin tamat masa.
Skrin Pintar – Tanda semak untuk membenarkan skrin untuk kekal apabila telefon
mengesan wajah anda.
< TETAPAN LANJUTAN >
Kesan matikan Skrin – Tetapkan kesan matikan skrin. Pilih daripada Resap lenyap,
Lubang gelap dan TV Retro.
Mimpi Hari – Ketik suis Mimpi Hari untuk menogol sama ada Dihidupkan atau
Dimatikan. Dihidupkan, membolehkan set gambar skrin dipaparkan apabila telefon
sedang tidur semasa dok dan/atau mengecas. Pilih dari Jam dan Foto Google.
Tetapan