Owners manual
18
AMARAN
Untuk melindungi tablet dan data peribadi anda, hanya muat turun
aplikasi daripada sumber yang boleh dipercayai, seperti Play Store™. Jika
terdapat aplikasi yang tidak dipasang dengan betul pada tablet anda,
tablet anda mungkin tidak akan berfungsi sebagaimana sepatutnya
atau ralat yang serius mungkin berlaku. Anda hendaklah menyahpasang
aplikasi-aplikasi tersebut dan semua data dan tetapannya daripada tablet.
3. Menggunakan buka kunci corak
Tetapkan corak buka kunci untuk menjamin keselamatan tablet anda.
Ketik > > Tab Apl > Tetapan > Paparan > Skrin kunci > Pilih
skrin kunci > Corak. Ini akan membuka skrin yang akan memandu anda
melalui cara melukis buka kunci corak skrin. Anda hendaklah mencipta PIN
Sandaran sebagai langkah keselamatan jika anda terlupa buka kunci corak.
Amaran: Cipta akaun Google dahulu sebelum menetapkan buka kunci corak
dan ingat PIN Sandaran yang anda cipta sewaktu mencipta kunci corak
anda.
AMARAN
Langkah berjaga-jaga semasa menggunakan kunci corak.
Mengingati corak buka kunci yang anda tetapkan amatlah penting.
Anda tidak akan dapat mengakses tablet anda jika anda menggunakan
corak yang salah sebanyak 5 kali. Anda mempunyai 5 peluang untuk
memasukkan corak buka kunci, PIN atau kata laluan anda. Jika anda telah
menggunakan kesemua 5 peluang, anda boleh mencuba lagi selepas 30
saat.