Owners manual
20
3 Lepaskan kekunci Kuasa/Kunci sahaja apabila logo LG dipaparkan dan
terus tekan kekunci Turun Volum.
4 Segera tekan dan tahan kekunci Kuasa/Kunci + Naik Volum secara
serentak sambil terus menekan kekunci Turun Volum.
5 Lepaskan semua kekunci apabila skrin Tetapkan semula kilang dipaparkan.
6 Tekan sama ada Kekunci Kuasa/Kunci untuk meneruskan atau Kekunci
Volum untuk membatalkan.
7 Tekan sama ada Kekunci Kuasa/Kunci sekali lagi untuk mengesahkan
atau Kekunci Volum untuk membatalkan.
8 Peranti anda akan melakukan penetapan semula keras.
AMARAN
Jika anda melakukan Set Semula Keras, semua aplikasi pengguna,
data pengguna dan lesen DRM akan dipadam. Jangan lupa untuk
menyandarkan sebarang data penting sebelum melakukan Tetapkan
Semula Keras.
5. Membuka dan beralih aplikasi
Melakukan berbilang tugas menjadi mudah dengan Android, anda boleh
membiarkan lebih daripada satu aplikasi berjalan pada masa yang sama.
Tidak perlu keluar daripada suatu aplikasi sebelum membuka yang satu lagi.
Gunakan dan beralih antara beberapa aplikasi terbuka. Android
menguruskan setiap aplikasi, menghentikan dan memulakannya jika perlu
untuk memastikan bahawa aplikasi melahu tidak menggunakan sumber
tanpa ada perlunya.