Owners manual

51
Anda boleh menggunakan aplikasi E-mel untuk membaca e-mel dari
perkhidmatan seperti Gmail. Aplikasi E-mel menyokong jenis akaun berikut:
POP3, IMAP dan Exchange.
Penyedia perkhidmatan atau pentadbir sistem anda akan dapat menyediakan
tetapan akaun yang anda perlukan.
Menguruskan akaun E-mel
Kali pertama anda membuka aplikasi E-mel, wizard persediaan akan terbuka
untuk membantu anda menyediakan akaun E-mel.
Selepas persediaan awal, Email akan memaparkan kandungan peti masuk
anda. Jika anda telah menambah lebih daripada satu akaun, anda akan
dapat beralih dari akaun ke akaun.
Untuk menambah akaun E-mel lain:
• Buka aplikasi E-mel dan ketik Kekunci Menu > Tetapan > .
Untuk menukar tetapan akaun E-mel:
Buka aplikasi E-mel dan ketik Kekunci Menu > Tetapan > Tetapan
Umum.
Untuk memadam akaun E-mel lain:
• Buka aplikasi E-mel dan ketik Kekunci Menu > Tetapan > ketik
Kekeunci Menu > Keluarkan akaun > sentuh akaun yang ingin
dipadam > Buang > pilih Ya.
E-mel