Owners manual
52
Menggunakan folder akaun
Buka aplikasi E-mel dan ketik Kekunci Menu dan pilih Folders. Setiap
akaun mempunyai folder Peti masuk, Peti keluar, Dihantar dan Draf.
Bergantung pada ciri-ciri yang disokong oleh penyedia perkhidmatan akaun
anda, anda boleh mempunyai folder tambahan.
Mengarang dan menghantar E-mel.
Untuk mengarang dan menghantar mesej:
1 Semasa dalam aplikasi E-mel, ketik Tulis .
2 Masukkan alamat penerima mesej. Sambil anda memasukkan teks,
alamat sepadan akan dicadangkan daripada Kenalan anda. Pisahkan
berbilang alamat dengan tanda koma bertitik.
3 Ketik Kekunci Menu bagi menambah Cc/Bcc dan ketik Lampir
bagi melampirkan fail, jika perlu.
4 Masukkan subjek dan mesej anda
5 Sentuh Hantar untuk menghantar mesej.
Jika anda tidak disambungkan kepada rangkaian, contohnya, jika anda
dalam mod pesawat, mesej yang anda hantar akan disimpan dalam folder
Peti Keluar sehingga anda disambungkan semula kepada rangkaian. Jika
ia mengandungi sebarang mesej yang belum dihantar, Peti Keluar akan
dipaparkan pada skrin Akaun.
TIP! Apabila E-mel baru sampai ke dalam Peti Masuk, anda akan
diberitahu oleh bunyi atau getaran. Ketik pemberitahuan E-mel tersebut
untuk menghentikan penerimaan pemberitahuan.