Owner's Manual

5
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak mengikut garis panduan ini mungkin
merbahaya atau tidak sah.
Alat ini hanya mengumpulkan data yang khusus kepada kesilapan, seperti kekuatan isyarat,
cell ID position (kedudukan ID sel) dalam kegagalan panggilan dan aplikasi yang dimuatkan
secara tiba-tiba. Log hanya digunakan untuk membantu menentukan punca bagi kesilapan.
Log ini dienkripsi dan hanya boleh diakses oleh Pusat pembaikan LG yang sah, sekiranya
anda perlu mengembalikan peranti anda untuk dibaik pulih.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan Kadar Penyerapan Khusus (SAR).
Telefon mudah alih model LG-D315 telah direka bentuk untuk mematuhi keperluan
keselamatan yang dikenakan bagi pendedahan pada gelombang radio. Keperluan ini adalah
berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk margin keselamatan yang direka bentuk
untuk memastikan keselamatan semua orang tanpa mengira umur dan kesihatan.
Garis panduan bagi pendedahan kepada gelombang radio menggunakan unit ukuran
yang disebut sebagai Kadar Penyerapan Khusus, atau SAR. Ujian bagi SAR dijalankan
menggunakan kaedah yang dipiawaikan dengan telefon memancarkan pada aras kuasa
diperakui yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR pelbagai model telefon LG, semuanya
direka bentuk untuk memenuhi garis panduan yang berkaitan bagi pendedahan kepada
gelombang radio.
Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan Sinaran Bukan
Pengion Antarabangsa (International Commission on Non-Ionizing Radiation Protection)
(ICNIRP) ialah 2W/kg dipuratakan ke atas 10g tisu.
Nilai SAR yang tertinggi untuk telefon model ini yang diuji untuk penggunaan telinga ialah
0.527 W/kg (10g) dan apabila dipakai pada badan ialah 0.472 W/kg (10g).
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien