Panduan Pengguna Ini adalah 「Panduan Pengguna」 yang dipasang pada TV. Kandungan bagi panduan ini tertakluk kepada perubahan tanpa pemberitahuan awal untuk pembaikan kualiti.
❐❐Untuk melihat maklumat rancangan Memaparkan maklumat mengenai rancangan semasa dan / atau waktu semasa, dll. 1 Gerakkan penuding Alat kawalan jauh magic ke bahagian atas skrin TV. 2 Klik kawasan sepanduk saluran yang diaktifkan. 3 Butiran program akan dipaparkan di bahagian bawah skrin TV. ✎✎ Imej yang dipaparkan mungkin berbeza daripada TV anda. Sblm/Strus Tukar Rancangan Tonton Kha.
❐❐Untuk menetapkan rancangan kegemaran SMART ➾ Tetapan ➙ PERSEDIAAN ➙ Edit Rancangan 1 Beralih ke rancangan yang dikehendaki dan tekan butang Roda(OK). Rancangan dipilih. 2 Tekan Tetapkan sebagai Kegemaran. 3 Pilih Kumpulan Pr. Kegemaran yang dikehendaki. 4 Pilih OK. Kegemaran ditetapkan. ❐❐Untuk menggunakan Kegemaran SMART ➾ Senarai Rancangan Senarai rancangan akan muncul. Memilih rancangan kegemaran praset yang dikehendaki daripada Senarai Kegemaran A hingga D.
SMART ➾ Panduan TV [Dalam Mod Digital Sahaja] Mendapatkan maklumat mengenai rancangan dan masa siaran. Mendapatkan maklumat rancangan dan menjadualkan tontonan / rakaman. [Imej yang dipaparkan mungkin berbeza daripada TV anda.] Panduan TV Hari Ini OO OO. OOOO AM 9:00 Tekan butang Roda(OK) selepas beralih ke rancangan pilihan anda untuk Menonton atau merakam. Pilih jadual mengikut tarikh Senarai Jadual P -24J P +24J Selepas menonton senarai jadual tontonan, membuat semakan semula atau pemadaman.
❐❐Menyediakan Rancangan Secara Automatik SMART ➾ Tetapan ➙ PERSEDIAAN ➙ Penalaan Auto Menala rancangan secara automatik. 1 Pilih Negara di mana TV digunakan. Tetapan rancangan berubah mengikut negara yang anda pilih. (Bergantung pada negara) 2 Memulakan Penalaan Auto. 3 Tetapkan Penalaan Auto mengikut arahan skrin berikut. ✎✎ Jika Sumber Input tidak disambungkan dengan betul, pendaftaran rancangan tidak akan berfungsi. ✎✎ Penalaan Auto hanya menetapkan rancangan yang sedang disiarkan.
❐❐Untuk menggunakan Penalaan Manual SMART ➾ Tetapan ➙ PERSEDIAAN ➙ Penalaan Manual Melaras rancangan secara manual dan menyimpan hasilnya. Bagi siaran digital, kekuatan isyarat dan kualiti isyarat boleh diperiksa. ✎✎ Anda juga boleh melaras frekuensi(KHz) dan lebar jalur.
❐❐Untuk mengedit rancangan SMART ➾ Tetapan ➙ PERSEDIAAN ➙ Edit Rancangan Mengedit rancangan yang telah disimpan. Tetapkan sebagai rancangan kegemaran, sekat/buka sekatan rancangan, langkaui rancangan dsb, bagi rancangan yang dipilih.
(Alat kawalan jauh magic) ➾ (Screen Remote Control) (atau tekan butang TEXT.) [Bergantung pada negara] Teletext adalah perkhidmatan percuma yang disediakan oleh stesen TV yang menawarkan maklumat berdasarkan teks mengenai rancangan TV, berita dan cuaca. Penyahkod teletext bagi TV ini boleh menyokong sistem SIMPLE, TOP dan FASTEXT. Butang warna Butang nombor ꔵ Untuk memilih halaman sebelumnya atau seterusnya. Memasukkan nombor halaman untuk ditujui. Untuk memilih halaman sebelumnya atau seterusnya.
❐❐Fungsi Teletext Khas (Alat kawalan jauh magic) ➾ (Screen Remote Control) (atau tekan butang T. OPT.) Pilih menu Pilihan Teks. ꔻ Indeks ꔾ Masa ꕀ Tahan Pilih setiap halaman indeks. Semasa menonton rancangan TV, pilih menu ini untuk memaparkan masa di penjuru kanan atas skrin. Menghentikan penukaran halaman automatik yang akan berlaku jika halaman teletext terdiri daripada 2 atau lebih sub halaman.
ꔽ Dedahkan ꔼ Kemas kini Bahasa Pilih menu ini untuk memaparkan maklumat tersembunyi, seperti jawapan kepada teka teki. Memaparkan gambar TV pada skrin sambil menunggu halaman teletext baru. [Dalam Mod Digital Sahaja] Menetapkan bahasa Teletext.
(Alat kawalan jauh magic) ➾ (Screen Remote Control) (atau tekan butang GUIDE.) [Bergantung kepada Negara] [Dalam Mod digitaI Sahaja] Sistem ini mempunyai MHEG (Kumpulan pakar pengekod maklumat multimedia dan hipermedia) untuk membantu navigasi anda menerusi semua pilihan tontonan yang mungkin.
SMART ➾ Tetapan ➙ PILIHAN ➙ Servis Data [Bergantung kepada negara] Fungsi ini membolehkan pengguna memilih antara MHEG (Teletext Digital) dan Teletext jika kedua-duanya wujud pada masa yang sama. Jika hanya salah satu yang wujud, sama ada MHEG atau Teletext didayakan tanpa mengambil kira pilihan anda.
SMART ➾ Tetapan ➙ GAMBAR ➙ Nisbah Aspek Memilih nisbah aspek skrin. 16:9 Hanya mengimbas Saiz Sebenar Mengubah saiz imej agar muat dalam lebar skrin. Memaparkan imej video dalam saiz asal tanpa mengeluarkan bahagian-bahagian pada pinggir imej. ✎✎ Dalam mod DTV/HDMI/Komponen (melebihi 720p), Hanya mengimbas boleh digunakan. ✎✎ Dalam mod DTV (melebihi 576p), Hanya mengimbas hanya tersedia di Australia sahaja.
Apabila TV menerima isyarat skrin lebar, ia akan membenarkan anda melaraskan gambar secara mendatar atau menegak, dalam perkadaran linear, untuk mengisi keseluruhan skrin Lebar Penuh sepenuhnya. Video 4:3 dan 14:9 disokong dalam skrin penuh tanpa sebarang herotan video menerusi input DTV. ✎✎ Dalam mod DTV, Lebar Penuh tersedia. 4:3 Mengubah saiz imej menjadi standard 4:3 yang sebelumnya. Anda boleh melihat format gambar 14:9 atau rancangan TV umum dalam mod 14:9.
✎✎ Semasa melihat peranti luaran, kes-kes ini boleh menyebabkan pembakaran imej: - video dengan kapsyen pegun (seperti nama rangkaian) - mod nisbah aspek 4:3 untuk tempoh yang panjang Berhati-hati semasa menggunakan fungsi ini. ✎✎ Saiz gambar yang tersedia mungkin berbeza bergantung kepada isyarat input. ✎✎ Nisbah aspek skrin pada input HDMI-PC hanya tersedia dalam 4:3 dan 16:9.
SMART ➾ Tetapan ➙ GAMBAR ➙ Penjimatan Tenaga Mengurangkan penggunaan kuasa dengan melaraskan kecerahan skrin. Matikan Minimum / Sederhana / Maksimum Matikan Skrin Mematikan mod Penjimatan Tenaga. Menggunakan mod Penjimatan Tenaga yang dipraset. Skrin dimatikan dan hanya bunyi yang dimainkan. Tekan sebarang butang kecuali butang Kuasa pada alat kawalan jauh untuk menghidupkan kembali skrin.
SMART ➾ Menu Cepat ➙ Mod AV Menetapkan gambar / audio terbaik yang dioptimumkan untuk mod AV yang berlainan. Beroperasi dengan nilai yang ditetapkan dalam menu Gambar Matikan / bunyi. Mengoptimumkan tetapan gambar dan audio untuk wayang Pawagam gambar. Mengoptimumkan tetapan gambar dan audio untuk Permainan permainan.
❐❐Untuk melaraskan gambar dengan Wizard Gambar SMART ➾ Tetapan ➙ GAMBAR ➙ Wizard Gambar Ⅱ Gunakan alat kawalan jauh dan ikuti arahan Wizard Gambar untuk menentukur dan melaraskan bagi mendapatkan kualiti gambar yang optimum tanpa peranti corak yang mahal atau bantuan pakar. Ikuti arahan ini untuk mendapatkan kualiti gambar yang optimum.
❐❐Untuk memilih Mod Gambar SMART ➾ Tetapan ➙ GAMBAR ➙ Mod Gambar Memilih mod gambar yang dioptimumkan untuk persekitaran tontonan atau rancangan. Terang Standard Eco Pawagam / Permainan Meningkatkan kontras, kecerahan dan ketajaman untuk memaparkan imej yang terang. Memaparkan imej pada paras kontras, kecerahan dan ketajaman yang standard. Ciri Penjimat Tenaga mengubah tetapan pada TV untuk mengurangkan penggunaan kuasa. Memaparkan gambar optimum untuk filem, permainan dan foto (imej pegun).
Pakar ꕋ Menu untuk melaraskan kualiti gambar yang membolehkan pakar dan para peminat untuk menikmati tontonan TV terbaik. Menu ini diperakui ISF dan disediakan untuk pakar penalaan gambar. (Logo ISF hanya boleh digunakan pada unit TV yang diperakui ISF.) ISFccc: Imaging Science Foundation Certified Calibration Control (Kawalan Penentukuran Diperakui Imaging Science Foundation) ✎✎ Bergantung pada isyarat input, julat mod gambar yang tersedia mungkin berbeza-beza.
❐❐Untuk menala halus mod gambar SMART ➾ Tetapan ➙ GAMBAR ➙ Mod Gambar ➙ Cahaya belakang / Kontras / Kecerahan / Ketajaman / Warna / Keserian / Suhu Warna Mula-mula, pilih Mod Gambar pilihan anda. Cahaya belakang Kontras Kecerahan Ketajaman Melaraskan kecerahan paparan dengan mengubah-ubah kecerahan panel LCD. Melaraskan perbezaan antara kawasan cerah dan gelap pada skrin. Mengawal kecerahan keseluruhan skrin. Melaraskan ketajaman sempadan antara cerah dan gelap.
Warna Keserian Suhu Warna Melaraskan warna atas skrin menjadi lebih gelap atau lebih cerah. Melaraskan imbangan warna merah/hijau. Melaraskan ton keseluruhan warna menjadi hangat atau dingin. ✎✎ Bergantung pada isyarat input atau tetapan gambar yang lain, julat item terperinci untuk pelarasan mungkin berbeza-beza.
❐❐Untuk menetapkan kawalan lanjutan SMART ➾ Tetapan ➙ GAMBAR ➙ Mod Gambar ➙Kawalan Lanjutan/Kawalan Pakar Menentukur skrin bagi setiap mod gambar atau melaraskan tetapan gambar untuk skrin khas. Mula-mula, pilih Mod Gambar pilihan anda. Melaraskan kontras menjadi paras optimum mengikut kecerahan imej. Melaraskan warna untuk mendapatkan warna yang kelihatan Warna Dinamik lebih semula jadi.
Warna Diutamakan Warna Kulit : Spektrum warna kulit boleh ditetapkan secara berasingan untuk melaksanakan warna kulit seperti yang ditentukan oleh pengguna. Warna Rumput : Spektrum warna semula jadi (padang rumput, bukit, dll.) boleh ditetapkan secara berasingan. Warna Langit : Warna langit ditetapkan secara berasingan. Resolusi Super Gamma Gamut Warna Peningkatan Tepian xvYCC Menyediakan gambar yang amat jelas dengan meningkatkan perincian dalam kawasan yang gambarnya kabur atau tidak jelas.
Menapis spektrum warna yang khusus dalam warna RGB untuk menala halus ketepuan warna dan rona dengan tepat. Corak Pakar Corak yang digunakan untuk pelarasan pakar. Melaraskan ton keseluruhan skrin sebagaimana dikehendaki. Imbangan Putih Dalam mod Pakar, penalaan halus terperinci boleh ditetapkan melalui Kaedah / Corak, dll.
❐❐Untuk mengeset pilihan gambar tambahan SMART ➾ Tetapan ➙ GAMBAR ➙ Mod Gambar ➙Pilihan Gambar Melaraskan tetapan terperinci bagi imej. Pengurangan Mengurangkan hingar skrin pada video. Hingar Pengurangan Mengurangkan hingar yang disebabkan oleh pemampatan Hingar MPEG video digital. Melaraskan kecerahan atau kegelapan skrin agar sesuai Tahap Hitam dengan tahap hitam input gambar menggunakan darjah kegelapan (tahap hitam) skrin. Pawagam Sebenar Mengoptimumkan skrin untuk tontonan wayang.
Penjagaan Mata Penjagaan Gerakan Mata [Bergantung pada model] Melaraskan kecerahan skrin untuk mengelakkan silau mata. [Bergantung pada model] Menjimatkan penggunaan kuasa dengan melaraskan kecerahan mengikut pergerakan imej pada skrin. ✎✎ Ia tidak berfungsi semasa melihat imej 3D. ✎✎ Bergantung pada isyarat input atau tetapan gambar yang lain, julat item terperinci untuk pelarasan mungkin berbeza-beza.
❐❐Untuk mengeset semula Mod Gambar SMART Gambar ➾ Tetapan ➙ GAMBAR ➙ Mod Gambar ➙ Set Semula Mengeset semula nilai yang disuaikan oleh pengguna. Setiap mod gambar diset semula. Pilih mod gambar yang hendak anda set semula.
SMART ➾ Tetapan ➙ GAMBAR ➙ Mod Gambar ➙ Pilihan Gambar ➙ TruMotion Memperbetulkan imej untuk memaparkan jujukan pergerakan yang lebih lancar. Lancar Nilai De-judder ditetapkan kepada 3. Kosongkan Nilai De-judder ditetapkan kepada 7. De-judder boleh ditetapkan secara manual. Pengguna • De-judder : Fungsi ini melaraskan gegaran skrin. ✎✎ Jika isyarat video adalah 60Hz, TruMotion mungkin tak akan berfungsi.
❐❐Untuk menggunakan Mod Bunyi SMART ➾ Tetapan ➙ AUDIO ➙ Mod Bunyi Mengoptimumkan audio TV kepada mod bunyi yang dipilih. Standard Muzik / Pawagam / Sukan / Permainan Tetapan Pengguna Sesuai untuk semua jenis video. [Bergantung pada model] Menetapkan audio yang dioptimumkan untuk genre khusus. Melaraskan paras kelantangan kepada paras pilihan anda menggunakan User EQ.
❐❐Untuk menala halus kelantangan SMART ➾ Tetapan ➙ AUDIO ➙ Mod Bunyi ➙ User EQ Menetapkan Mod Bunyi pada User EQ terlebih dahulu. 100 Hz / 300 Hz / 1 kHz / 3 kHz / 10 kHz Set semula Menetapkan EQ dengan melaraskan jalur bunyi secara manual. Mengeset semula nilai penyama yang ditukar oleh pengguna.
❐❐Untuk menggunakan Mod Bunyi Pintar SMART ➾ Tetapan ➙ BUNYI ➙ Mod Bunyi Pintar Menyediakan bunyi yang dioptimumkan dilaraskan untuk setiap jenis kandungan. ✎✎ Jika fungsi Mod Bunyi Pintar didayakan, Mod Bunyi, Keliling Maya Plus dan Suara Jelas II dilaraskan secara automatik.
❐❐Untuk menggunakan bunyi Keliling Maya SMART ➾ Tetapan ➙ BUNYI ➙ Keliling Maya plus Teknologi pemprosesan audio proprietari LG membolehkan bunyi keliling seakan-akan 5.1 saluran daripada dua pembesar suara. ✎✎ Jika Suara Jelas ll ditetapkan kepada HIDUPKAN, Keliling Maya plus tidak akan dipilih. ❐❐Untuk menggunakan fungsi Suara Jelas II SMART ➾ Tetapan ➙ BUNYI ➙ Suara Jelas ll Merangsang kejelasan suara.
❐❐Untuk menetapkan Mod Kelantangan SMART ➾ Tetapan ➙ BUNYI ➙ Mod Kelantangan Menetapkan pelbagai mod untuk kawalan kelantangan. Kelantangan Auto Kawalan Kelantangan Menetapkan Kelantangan Auto kepada Hidup. Output kelantangan berbeza dari program ke program. Ia kemudiannya dilaraskan secara automatik untuk kemudahan tontonan TV, semasa mengklik menerusi rancangan yang berbeza.
❐❐Untuk menyegerak audio dan video SMART ➾ Tetapan ➙ BUNYI ➙ Penyegerakan AV Laraskan Menyegerakkan video dan audio secara terus apabila ia tidak sepadan. JIka anda tetapkan Penyegerakan AV Laraskan kepada HIDUPKAN, anda boleh laraskan output bunyi (pembesar suara TV atau SPDIF) ke imej skrin. Pembesar Suara TV [Bergantung pada model] Melaraskan penyegerakan bunyi daripada pembesar suara dalaman TV. Butang "-" menjadikan output bunyi lebih laju dan butang "+" lebih perlahan daripada nilai lalai.
Pembesar Suara Luaran Bypass Melaraskan cara bunyi disegerakkan dari pembesar suara luaran, seperti pembesar suara luaran yang disambungkan ke port output audio digital, peranti audio LG dan fon kepala. Butang "-" menjadikan output bunyi lebih laju dan butang "+" lebih perlahan daripada nilai lalai. ✎✎ Peranti audio LG hanya disokong untuk model dengan port digital optik. Output isyarat penyiaran atau audio peranti luaran tanpa kelewatan audio.
❐❐Untuk menggunakan Tetapan Pilihan Bunyi [Bergantung pada model] SMART ➾ Tetapan ➙ BUNYI ➙ Tetapan Pilihan Bunyi ❌❌Analog Keluar [Bergantung pada model] Membenarkan pengguna untuk memilih Fon Kepala atau menu Pembesar Suara Luaran (Audio Keluar) bergantung pada peranti yang disambungkan. ❌❌Imbangan [Bergantung pada model] Melaraskan imbangan audio kiri/kanan.
❌❌Sound Optimizer [Bergantung pada model] Membenarkan bunyi teroptimum untuk pemasangan TV tersuai. Biasa Jenis Lekapan Dinding Jenis Dirian Mod bunyi umum. Mengoptimumkan bunyi untuk TV lekapan dinding. Mengoptimumkan bunyi untuk TV lekapan dinding.
❐❐Untuk menggunakan pembesar suara TV [Bergantung pada model] SMART ➾ Tetapan ➙ BUNYI ➙ Bunyi Keluar ➙ Pembesar suara TV Bunyi dikeluarkan melalui pembesar suara TV. ❐❐Untuk menggunakan Pembesar Suara Luaran SMART ➾ Tetapan ➙ BUNYI ➙ Bunyi Keluar ➙ Pembesar Suara Luaran (Optik/HDMI ARC) [Hanya tersedia untuk model dengan port optik atau HDMI (ARC)] Bunyi dikeluarkan melalui pembesar suara yang disambungkan ke port optik. ✎SimpLink disokong.
❌❌Untuk menggunakan mod ARC [Bergantung pada model] SMART ➾ Tetapan ➙ BUNYI ➙ Bunyi Keluar ➙ Pembesar Suara Luaran (Optik/HDMI ARC) ➙ Mod ARC Peranti audio luaran boleh disambungkan melalui kabel HDMIⓇ Berkelajuan Tinggi tanpa kabel audio optik tambahan untuk output SPDIF. Ia berantara muka dengan SimpLink. Untuk peranti luaran yang menyokong ARC (Saluran Kembali Audio), sambungkannya ke port HDMI(ARC).
Matikan Hidupkan Walaupun peranti audio luaran yang disokong ARC dihidupkan, output audio tidak diproses secara automatik menerusi pembesar suara peranti audio luaran. Jika peranti audio luaran yang disokong ARC dihidupkan, output audio diproses secara automatik menerusi pembesar suara peranti audio luaran. Bagi SimpLink, rujuk kepada 「Panduan Pengguna → PILIHAN → Untuk menggunakan peranti input」. ✎✎ Sambungkan kepada terminal ARC sahaja apabila menyambung kepada peranti luaran.
❐❐Untuk menggunakan Bunyi Digital Keluar SMART ➾ Tetapan ➙ BUNYI ➙ Bunyi Keluar ➙ Pembesar Suara Luaran (Optik/HDMI ARC) ➙ Bunyi Digital Keluar Menyediakan Bunyi Digital Keluar.
❐❐Untuk menyambung dan menggunakan peranti audio LG Peranti audio LG membolehkan anda menikmati bunyi yang kaya dan berkuasa dengan mudah. ❌❌Sambungan Berwayar SMART ➾ Tetapan ➙ BUNYI ➙ Bunyi Keluar ➙ Penyeragaman Bunyi LG (Optik) Sambungkan peranti audio LG dengan logo pada port keluar audio digital optik. ✎✎ Hanya tersedia untuk model dengan port digital optik sahaja.
✎✎ Anda boleh menggunakan alat kawalan jauh TV untuk melaraskan kelantangan peranti yang disambungkan. ✎✎ Apabila menyambung tanpa wayar, pasangkan dongle dan sambungkannya jika model ini memerlukan dongle Alat Kawalan Jauh Magic. (AN-MR400, dijual berasingan) ✎✎ Bagi sambungan tanpa wayar, jika peranti gagal disambungkan. Periksa kuasa peranti yang hendak disambungkan dan sama ada peranti Audio LG dalam keadaan yang boleh digunakan.
✎✎ Jika anda memilih Penyeragaman Bunyi LG (Tanpa Wayar), peranti yang tersedia untuk disambungkan akan dicari dan salah satu peranti yang dicari akan disambungkan secara automatik. Apabila peranti disambungkan, namanya akan ditunjukkan. ✎✎ Jika dua atau lebih peranti dikesan, peranti yang pertama dikesan akan disambungkan dahulu. Untuk melihat lebih banyak peranti yang dikesan yang dapat disambungkan, tekan butang Tunjukkan Lebih Banyak.
❐❐Untuk menggunakan Analog Keluar/Fon Kepala [Bergantung pada model] SMART ➾ Tetapan ➙ Bunyi ➙ Bunyi Keluar ➙ Pembesar Suara Luaran (Audio Keluar) / Fon kepala Pilih Fon kepala atau Pembesar Suara Luaran (Audio Keluar) bergantung pada peranti yang disambungkan untuk menetapkan analog keluar. ✎✎ Menu tersedia mungkin berbeza bergantung pada sama ada anda memilih Fon kepala atau Pembesar Suara Luaran (Audio Keluar) dalam Tetapan Pilihan Bunyi > Analog Keluar.
❐❐Tetapan Bunyi DTV SMART ➾ Tetapan ➙ BUNYI ➙ Tetapan Bunyi DTV [Bergantung pada model] Apabila jenis audio berbeza wujud dalam isyarat input, fungsi ini akan membolehkan anda memilih jenis audio yang anda kehendaki. Jika ditetapkan kepada AUTO urutan carian adalah HE-AAC → Dolby Digital+ → Dolby Digital → MPEG dan keluaran dihasilkan dalam Format Audio yang pertama dijumpai. ✎✎ Urutan berikut mungkin berubah bergantung pada negara: HE-AAC → Dolby Digital+ → Dolby Digital → MPEG.
❐❐Untuk memilih input luaran SMART ➾ Senarai Input Memilih input luaran. SENARAI INPUT Pilih peranti input untuk dilihat. Memilih pembesar suara. Pembesar Suara TV Memilih input. Antena HDMI1 HDMI2 Tukar Nama Peranti Menukar nama peranti luaran yang disambungkan kepada terminal luaran. USB DLNA Tetapan SIMPLINK Menetapkan SIMPLINK. AV2 Tetapkan Kawalan Universal Mod Program Menetapkan mod Program. [Bergantung kepada negara] Menetapkan OSS.
❐❐Untuk menggunakan SIMPLINK SIMPLINK adalah ciri yang membolehkan anda mengawal dan menguruskan pelbagai peranti multimedia dengan mudah dengan hanya menggunakan alat kawalan jauh TV melalui menu SIMPLINK. 1 Sambungkan terminal HDMI TV dan terminal output HDMI peranti SIMPLINK menggunakan kabel HDMI.
✎✎ Fungsi ini hanya berfungsi pada peranti dengan logo SIMPLINK ( Sahkan bahawa peranti luaran mempunyai logo SIMPLINK. ). ✎✎ Untuk menggunakan fungsi SIMPLINK, anda perlu menggunakan kabel HDMIⓇ berkelajuan tinggi (dengan ciri CEC - Kawalan Elektronik Pengguna ditambah). Kabel HDMIⓇ berkelajuan tinggi mempunyai pin No. 13 yang disambungkan untuk pertukaran maklumat antara peranti.
❌❌Penerangan ciri-ciri SIMPLINK Main Langsung Pilih peranti multimedia Main balik cakera Matikan semua peranti Memainkan peranti multimedia pada TV dengan sertamerta. Memilih peranti yang diinginkan melalui menu SIMPLINK untuk mengawalnya daripada skrin TV dengan serta-merta. Menguruskan peranti multimedia dengan alat kawalan jauh TV. Jika fungsi Kuasa Auto ditetapkan kepada Hidup dalam tetapan SIMPLINK, mematikan TV akan mematikan kuasa pada semua peranti yang bersambung dengan SIMPLINK.
Hidupkan Sync Pembesar suara Jika fungsi Kuasa Auto ditetapkan kepada Hidupkan dalam tetapan SIMPLINK, menghidupkan peranti SIMPLINK akan menghidupkan TV. Memilih pembesar suara sama ada pada unit teater rumah atau TV.
❐❐Untuk menggunakan Pemasa Tidur SMART ➾ Tetapan ➙ WAKTU ➙ Pemasa Tidur Mematikan TV selepas jumlah minit yang ditentukan. Untuk membatalkan Pemasa Tidur, pilih Matikan.
❐❐Untuk menetapkan waktu semasa SMART ➾ Tetapan ➙ WAKTU ➙ Jam Menyemak atau menukar waktu semasa menonton TV. Auto Manual Menyelaraskan jam TV dengan maklumat waktu digital yang dihantar oleh stesen TV. Menetapkan waktu dan tarikh secara manual jika persediaan auto tidak sepadan dengan waktu semasa.
❐❐Untuk menetapkan TV agar dihidup dan dimatikan secara automatik SMART ➾ Tetapan ➙ WAKTU ➙ Masa Buka/Masa Tutup Menetapkan masa Buka/Tutup. Pilih Tutup semasa Ulang untuk menamatkan Masa Buka/Masa Tutup. ✎✎ Untuk menggunakan Masa Buka/Masa Tutup, tetapkan waktu semasa dengan betul. ✎✎ Walaupun fungsi Masa Buka aktif, TV akan dimatikan secara automatik dalam masa 120 minit apabila tiada butang ditekan dalam tempoh masa itu.
❐❐Untuk menetapkan Siap Sedia Auto SMART ➾ Tetapan ➙ WAKTU ➙ Siap Sedia Auto [Bergantung pada model] Jika anda tidak menekan mana-mana butang pada TV atau alat kawalan jauh dalam tempoh tertentu, TV akan secara automatik beralih kepada mod siap sedia. ✎✎ Fungsi ini tidak berfungsi dalam mod Demo Kedai atau semasa kemas kini perisian.
❐❐Untuk menetapkan kata laluan SMART ➾ Tetapan ➙ KUNCI ➙ Set Kata Laluan Menetapkan atau menukar kata laluan TV. ✎✎ Kata laluan asal ditetapkan sebagai 「0000」.
❐❐Untuk mengunci sistem SMART ➾ Tetapan ➙ KUNCI ➙ Kunci Sistem Hanya membenarkan rancangan khusus dengan menyekat saluran atau input luaran. Pilih Kunci Sistem pada Hidupkan. Sekat Program Menyekat rancangan yang mengandungi kandungan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak. Rancangan itu boleh dipilih tetapi skrin adalah kosong dan audio disenyapkan. Untuk menonton rancangan yang dikunci, masukkan kata laluan.
Rating (Bergantung pada negara) Memsekatan film yang hanya disiarkan di TV dan berisi materi yang tidak layak. • Sekatan Mati : (Pemirsa umum) Semua usia diizinkan. • 10 tahun ke atas : (Disarankan bimbingan orang tua) Sebagian materi mungkin tidak sesuai untuk anak-anak. • 12 tahun ke atas : (Orang tua harus sangat waspada) Beberapa materi mungkin tidak layak untuk anak-anak di bawah 12 tahun. • 14 tahun ke atas : (Terbatas) Di bawah usia 14 tahun harus didampingi orang tua atau pengasuh dewasa.
(Bergantung pada negara) Fungsi ini beroperasi berpandukan maklumat daripada stesen siaran. Dengan itu, jika isyarat mempunyai maklumat yang salah, fungsi ini tidak akan beroperasi. Panduan Ibu Menghalang kanak-kanak daripada menonton rancangan TV Bapa dewasa yang tertentu, menurut had rating yang ditetapkan. Masukkan kata laluan untuk menonton rancangan yang disekat. Rating berbeza mengikut negara. Sekatan Sekat sumber input. Input Kunci Kunci Aplikasi.
SMART ➾ Tetapan ➙ PILIHAN ➙ Bahasa(Language) Memilih Bahasa Menu dan Bahasa Audio yang dipaparkan pada skrin. Bahasa Menu (Language) Memilih bahasa untuk teks paparan. [Dalam Mod Digital Sahaja] Apabila menonton siaran digital yang mengandungi beberapa Bahasa Audio bahasa audio, anda boleh memilih bahasa yang anda kehendaki. [Dalam Mod Digital Sahaja] Gunakan fungsi Sari Kata apabila dua atau lebih bahasa sari Bahasa Sari Kata kata disiarkan.
Bahasa Teks Bahasa Carian Suara [Dalam Mod Digital Sahaja] Gunakan fungsi bahasa Teks apabila dua atau lebih bahasa Teks disiarkan. ✎✎ Jika data teletext dalam bahasa yang dipilih tidak disiarkan, bahasa Teks lalai akan dipaparkan. ✎✎ Jika anda memilih negara setempat yang salah, teletext mungkin tidak muncul dengan betul pada skrin dan masalah tertentu mungkin berlaku semasa operasi teletext. Pilih bahasa untuk membuat carian suara. ✎✎ Hanya model carian suara yang digunakan boleh menyokong tetapan ini.
SMART ➾ Tetapan ➙ PILIHAN ➙ Negara Menetapkan negara yang digunakan oleh TV. Tetapan TV ditukar berpandukan persekitaran siaran bagi negara yang dipilih. ✎✎ Jika tetapan negara ditukar, skrin maklumat Penalaan Auto mungkin akan muncul. ✎✎ Di negara yang peraturan Siaran digitalnya tidak ditetapkan, beberapa fungsi DTV mungkin tidak berfungsi bergantung pada keadaan siaran digital. ✎✎ Jika tetapan negara ditetapkan kepada "--", hanya saluran analog boleh ditetapkan.
❐❐Untuk menetapkan Bermasalah Pendengaran SMART ➾ Tetapan ➙ PILIHAN ➙ Sukar Mendengar Fungsi ini adalah untuk pengguna dengan masalah pendengaran. Jika ia ditetapkan kepada hidup, sari kata akan dipaparkan secara lalai.
❐❐Untuk mendaftarkan Alat Kawalan Jauh Magic Untuk menggunakan Alat Kawalan Jauh Magic, daftarkan ia dengan TV anda dahulu. Daftarkan Alat Kawalan Jauh Magic seperti berikut sebelum digunakan. 1 Hidupkan TV dan tunggu kira-kira 10 saat dan kemudian tekan butang Wheel(OK) sambil menudingkan alat kawalan jauh ke arah TV. 2 Alat kawalan jauh akan didaftarkan secara automatik dan mesej pendaftaran selesai muncul pada skrin TV. ✎✎ Jika anda gagal mendaftarkan Alat Kawalan Jauh Magic, matikan TV dan cuba lagi.
❐❐Untuk mendaftarkan semula Alat Kawalan Jauh Magic 1 Tekan butang SMART dan BACK bersama-sama selama kira-kira 5 saat. 2 Tekan butang Wheel (OK) ke arah TV untuk mendaftar semula Alat Kawalan Jauh Magic. ✎✎ Tekan butang SMART dan butang BACK pada masa yang sama, untuk lima saat, untuk set semula Alat Kawalan Jauh Magic. ✎✎ Tekan butang BACK sambil menudingkan alat kawalan jauh ke TV selama lima saat untuk mengeset semula dan mendaftarkannya semula.
❐❐Untuk menetapkan penunjuk Alat Kawalan Jauh Magic SMART ➾ Tetapan ➙ Pilihan ➙ Penunjuk Menetapkan kelajuan dan bentuk penunjuk yang muncul pada skrin TV. Kelajuan Bentuk Saiz Penjajaran Menetapkan kelajuan pergerakan penunjuk. Memilih bentuk penunjuk daripada pelbagai pilihan. Memilih saiz penunjuk. Tetapkan kepada Buka. Jika terdapat sebarang salah jajaran antara penunjuk dan arah sebenar yang ditunjukkan alat kawalan jauh, gerakkan Alat Kawalan Jauh Magic ke kiri dan kanan.untuk menjajarkan semula.
✎✎ Jika penunjuk telah tidak digunakan dalam tempoh tertentu, ia akan hilang. Apabila penunjuk hilang dari skrin, goncang Alat Kawalan Jauh Magic ke kanan dan ke kiri. Lalu ia akan muncul kembali. ✎✎ Jika anda menekan butang Navigasi sambil menggerakkan penunjuk pada skrin, penunjuk akan hilang, dan alat kawalan jauh Magic berfungsi sebagai alat kawalan jauh biasa. ✎✎ Gunakan dalam jarak berkesan 33 ka. (10 meter).
✎✎ Peranti elektronik berdekatan boleh menyebabkan gangguan komunikasi. Peranti seperti ketuhar gelombang mikro dan LAN wayarles menggunakan julat frekuensi yang sama (2.4 GHz) dengan Alat Kawalan Jauh Magic dan ini boleh menyebabkan gangguan. ✎✎ Alat Kawalan Jauh Magic boleh pecah jika terjatuh atau rosak dalam sebarang cara lain. ✎✎ Berjaga-jaga agar ia tidak terhantuk pada objek keras yang lain seperti perabot atau lantai.
❐❐Untuk menggunakan fungsi gerak isyarat corak Tekan butang Wheel(OK) dalam keadaan skrin video biasa dihidupkan dan lukis corak ke arah skrin. Kembali ke saluran yang sebelumnya. 123 Menunjukkan saluran terkini ditonton. Menunjukkan senarai saluran yang berkaitan dengan corak. Memilih saluran. ✎✎ Ia mungkin tidak berfungsi apabila tetingkap tertentu terbuka.
❐❐Untuk menetapkan Penunjuk Kuasa SMART ➾ Tetapan ➙ PILIHAN ➙ Lampu Bersedia [Bergantung pada model] Menghidupkan/mematikan lampu bersedia pada panel hadapan TV.
❐❐Untuk melaraskan Cahaya Logo LG di hadapan SMART ➾ Tetapan ➙ PILIHAN ➙ Cahaya Logo LG [Bergantung pada model] Anda boleh melaraskan kecerahan logo LED LG di bahagian bawah TV. Kecerahan Anda boleh menetapkan kecerahan Cahaya Logo LG kepada Tutup/Rendah/Sederhana/Tinggi apabila kuasa TV dimatikan.
Apb TV hidup Anda boleh menetapkan masa tutup Cahaya Logo LG apabila kuasa TV dihidupkan. • Matikan segera : Cahaya dimatikan apabila kuasa TV dihidupkan. • Mati selepas 10 min. : Cahaya dimatikan selepas 10 minit apabila kuasa TV dihidupkan. ✎✎ Kecerahan asal ditetapkan kepada Rendah apabila kuasa TV dihidupkan.
❐❐Untuk menukar mod TV SMART ➾ Tetapan ➙ PILIHAN ➙ Tetapan Mod Memilih Kegunaan Rumah atau Demo Kedai. Untuk kegunaan di rumah, pilih Kegunaan Rumah. Demo Kedai adalah mod yang digunakan untuk paparan kedai.
❐❐Untuk kembali ke tetapan asal SMART ➾ Tetapan ➙ PILIHAN ➙ Set semula Kilang Memadamkan semua tetapan pilihan dan kembali ke mod lalai asal. Setelah pemulaan selesai, TV akan mati lalu hidup sendiri. ✎✎ Jika Kunci Sistem diaktifkan, tetingkap pop-up gesaan kata laluan akan muncul. ✎✎ Jangan matikan kuasa semasa pemulaan.
❐❐Untuk menggunakan Skrin Utama Tekan butang SMART pada alat kawalan jauh. Dengan semua ciri Smart TV pada satu skrin, semua orang boleh mengakses pelbagai kandungan dan aplikasi dengan mudah melalui menu pantas dan mudah untuk digunakan yang diatur mengikut tema seperti Live TV, Kad, Aplikasi Saya, dll.
❐❐Untuk menggunakan dan mengedit KAD SAYA SMART ➾ KAD SAYA Untuk membolehkan anda memeriksa dan mengakses pelbagai kandungan dan fungsi yang luas dengan mudah, fungsi utamanya dikelompokkan kepada kategori dan dipaparkan pada kad. Dengan memilih nama kad, anda boleh pergi ke halaman kategori tersebut. Pilih Edit di bahagian atas skrin utama untuk menukar kedudukan kad atau mencipta kad anda sendiri. (Anda tidak boleh mengedit kad Langsung dan Premium.
❐❐Untuk menggunakan Aplikasi Saya SMART ➾ Banyak Lagi Pilih Banyak Lagi di bahagian bawah skrin utama. Pilih Banyak Lagi untuk menyemak aplikasi, aplikasi yang diprapasang dan aplikasi yang telah anda muat turun. More Senarai Input Tetapan Internet Cari Foto Smart Sh... Pilih aplikasi yang anda ingin jalankan. LG Smart... Game Wo... Panduan Pe... Senarai Ra...
❐❐Untuk mengedit item dalam Aplikasi Saya: SMART ➾ Banyak ➙ Lagi Aplikasi Saya ➙ Edit Pada halaman Aplikasi Saya, pilih Edit di bahagian atas skrin untuk memindah atau memadam aplikasi. Sila ambil perhatian bahawa aplikasi sistem boleh dipindahkan, tetapi tidak boleh dipadam. ✎✎ Menukar susunan / memadam item dengan menyeret ikon aplikasi jika peranti anda mempunyai Alat Kawalan Jauh Magic.
Sambungan Tanpa Wayar atau berwayar diperlukan untuk menggunakan ciri-ciri Smart. Apabila disambungkan kepada rangkaian, anda boleh menggunakan kandungan Premium, LG Smart World, DLNA dan banyak lagi. ❐❐Sambungan rangkaian satu klik Menyambung dengan mudah ke rangkaian berwayar/Tanpa Wayar. SMART ➾ Tetapan ➙ RANGKAIAN ➙ Sambungan Rangkaian untuk menyambung ke rangkaian yang disediakan secara automatik. Ikuti gesaan di TV.
❐❐Untuk menyambung ke rangkaian melalui Pakar yang Ditetapkan SMART ➾ Tetapan ➙ RANGKAIAN ➙ Sambungan Rangkaian Untuk kegunaan dalam keadaan khas seperti di pejabat (sekiranya, IP statik digunakan). 1 Pilih sambungan rangkaian, sama ada berwayar atau wayarles. 2 Apabila menyambung melalui Wi-Fi, gunakan salah satu kaedah sambungan rangkaian yang berikut. Senarai AP Menyambung ke rangkaian yang dipilih dari Senarai AP. Masukkan SSID Menyambung ke AP Tanpa Wayar yang ditaip masuk.
WPS-PBC Menyambung dengan mudah apabila butang AP Tanpa Wayar yang menyokong PBC ditekan. WPS-PIN Menyambung dengan mudah apabila PIN AP Tanpa Wayar yang anda ingin sambungkan dimasukkan ke laman web AP.
❐❐Untuk menggunakan fungsi Wi-Fi Direct SMART ➾ Tetapan ➙ RANGKAIAN ➙ Wi-Fi Direct Wi-Fi Direct adalah fungsi yang membolehkan TV anda bersambung dengan peranti Wi-Fi Direct tanpa sambungan Internet. Dengan SmartShareTM, anda boleh menonton fail yang disimpan pada peranti yang disambungkan melalui Wi-Fi Direct. 1 Tetapkan Wi-Fi Direct kepada Hidup. (Jika anda tidak menggunakannya, sila tukarkannya kepada Tutup.) 2 Dayakan tetapan Wi-Fi Direct pada peranti yang anda ingin sambungkan.
❐❐Untuk menggunakan fungsi Miracast™/Intel’s WiDi (Paparan Tanpa Wayar Intel) (Paparan Tanpa Wayar Intel) SMART ➾ Tetapan ➙ RANGKAIAN ➙ Miracast™/Intel’s WiDi (Paparan Tanpa Wayar Intel) Anda boleh melihat skrin peranti dengan teknologi Miracast™ dan Intel’s WiDi (Paparan Tanpa Wayar Intel) pada TV anda. 1 Tetapkan Miracast™/Intel’s WiDi (Paparan Tanpa Wayar Intel)kepada Hidup. (Jika anda tidak menggunakannya, sila tukarkannya kepada Tutup.
✎✎ Beberapa model mungkin hanya menyediakan fungsi Intel’s WiDi. ✎✎ Apabila Wi-Fi Direct ditetapkan kepada Tutup, jika anda tetapkan Miracast™/ Intel’s WiDi kepada Hidup, Wi-Fi Direct ditetapkan kepada Hidup secara automatik. ✎✎ Apabila anda tetapkan fungsi Miracast™ / Intel’s WiDi kepada Tutup, Wi-Fi Direct akan kembali kepada tetapan sebelumnya. ✎✎ Anda disyorkan agar menyambungkan komputer riba menggunakan 3 dalam jarak yang dekat.
❐❐Menetapkan rangkaian - amaran ✎✎ Gunakan kabel LAN standard (Cat5 atau lebih tinggi dengan penyambung RJ45, port LAN 10 Base-T atau 100 Base TX). ✎✎ Menetapkan semula modem anda boleh menyebabkan berlakunya masalah sambungan rangkaian. Untuk menyelesaikan masalah, matikan kuasa, putuskan sambungan dan sambung semula, dan kemudian, hidupkan semula kuasa.
✎✎ Modem DSL diperlukan untuk perkhidmatan DSL; modem kabel diperlukan untuk perkhidmatan kabel. Hanya beberapa sambungan Internet mungkin tersedia dan tetapan rangkaian TV mungkin tidak tersedia bergantung pada kontrak anda dengan Pembekal Khidmat Internet (ISP) anda. (Jika hanya satu peranti dibenarkan bagi setiap baris dan PC sudah disambungkan, peranti lain tidak boleh digunakan). ✎✎ Rangkaian Tanpa Wayar tertakluk kepada gangguan dari peranti lain yang beroperasi pada frekuensi 2.
✎✎ Untuk sambungan AP, peranti pusat akses yang menyokong sambungan Tanpa Wayar diperlukan dan ciri sambungan Tanpa Wayar perlu didayakan pada peranti. Hubungi pembekal khidmat anda berkenaan ketersediaan sambungan Tanpa Wayar pada pusat akses anda. ✎✎ Semak SSID dan tetapan keselamatan bagi AP untuk sambungan AP. Rujuk dokumentasi yang sesuai untuk SSID dan tetapan keselamatan bagi AP.
❐❐Apakah dia Tag On? Tag On adalah teknologi penghantaran data yang boleh digunakan pada telefon pintar dengan NFC (Komunikasi Medan Dekat). Dengan hanya mengetik telefon pintar anda pada pelekat Tag On, anda boleh berkongsi kandungan antara telefon pintar dan TV anda. Untuk menyambungkan telefon pintar anda ke TV menggunakan Tag On, ia mesti disambungkan pada rangkaian Wi-Fi yang sama atau Miracast™/Intel's WiDi bagi TV pintar ditetapkan kepada Hidupkan.
✎✎ Jangan lekatkan pelekat ini pada bahagian logam TV. Jika tidak, telefon pintar anda tak akan dapat mengenali pelekat Tag On ini. ✎✎ Jangan renyukkan atau lipat pelekat Tag On. Jika tidak, Tag On tidak akan dikenali. ✎✎ Untuk membeli pelekat Tag On, sila hubungi Pusat Perkhidmatan LG Electronics. ✎✎ Fungsi ini hanya disokong pada telefon pintar dengan Android 4.0 (ICS) atau lebih baru.
❐❐Untuk memulakan Tag On buat kali pertama Untuk menyambungkan telefon pintar anda ke TV menggunakan NFC, pasang aplikasi Tag On pada telefon pintar dan lengkapkan proses pengesahan. 1 Pastikan TV pintar berada pada rangkaian yang sama seperti telefon pintar anda. Jika Wi-Fi tidak boleh didayakan, pergi ke SMART ➾ Tetapan ➙ Rangkaian ➙ MiracastTM/Intel's WiDi dan tetapkan kepada Hidupkan. 2 Dayakan fungsi NFC pada telefon pintar dan tetapkan kepada Baca/Tulis dan Mod P2P.
4 Ketik telefon pintar kepada pelekat Tag On sekali lagi. 5 Masukkan kekunci berpasangan yang dipaparkan pada TV pintar ke dalam telefon pintar. Apabila dua atau lebih TV dikesan, kekunci berpasangan dipaparkan hanya selepas TV yang anda ingin sambungkan dipilih dalam senarai peranti. 6 Apabila sambungan dilakukan dengan betul, anda boleh menggunakan Tag On. ✎✎ Maklumat pada TV yang disambungkan akan disimpan pada pelekat Tag On.
❐❐Untuk menggunakan Tag On Ikuti langkah di bawah untuk berkongsi kandungan pada telefon pintar didayakan NFC anda. 1 Ketik telefon pintar didayakan NFC pada pelekat Tag On. 2 Aplikasi Tag On mula berjalan pada telefon pintar untuk bersambung ke TV pintar. - Untuk menggunakan rangkaian Wi-Fi, pastikan TV pintar berada pada rangkaian yang sama seperti telefon pintar anda. - Jika TV pintar dan telefon pintar tidak berada pada rangkaian yang sama, gunakan Wi-Fi Direct.
✎✎ Jika aplikasi Tag On tidak dipasang, halaman pemasangan muncul secara automatik. ✎✎ Untuk maklumat lanjut mengenai cara berkongsi kandungan antara telefon pintar anda dan TV, rujuk pada bantuan aplikasi Tag On. Klik untuk menjalankan aplikasi Tag On pada telefon pintar anda dan pilih menu Tetapan untuk melihat bantuan.
❐❐Untuk menyambung peranti USB Sambungkan peranti simpanan USB (HDD luaran, memori USB) kepada pangkalan USB pada TV untuk menikmati fail kandungan tersimpan dalam peranti USB pada TV anda. Untuk mengeluarkan peranti penyimpanan USB, pilih Menu Cepat ➙ Peranti USB yang anda ingin keluarkan; jangan cabut sehingga anda nampak mesej bahawa USB telah dikeluarkan. Jika dicabut secara paksa, ralat mungkin berlaku di TV atau peranti penyimpanan USB.
❐❐Menggunakan peranti penyimpanan USB - amaran ✎✎ Jika peranti penyimpanan USB mempunyai program pengecaman auto terbina dalam atau menggunakan pemacunya sendiri, ia mungkin tidak berfungsi. ✎✎ Sesetengah peranti penyimpanan USB mungkin tidak berfungsi atau mungkin berfungsi secara salah. ✎✎ Jika anda menggunakan kabel sambungan USB, peranti USB mungkin tidak akan dikenali atau tidak berfungsi dengan betul. ✎✎ Gunakan hanya peranti penyimpanan USB yang diformatkan dengan Windows FAT32 atau sistem fail NTFS.
✎✎ Ia disyorkan untuk anda menggunakan kayu memori USB 32 GB atau kurang dan HDD USB bagi 2 TB atau kurang. ✎✎ Jika HDD USB dengan fungsi penjimatan kuasa tidak berfungsi dengan betul, matikan dan hidupkan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, rujuk manual pengguna HDD USB. ✎✎ Data dalam peranti penyimpanan USB boleh rosak, maka, pastikan untuk membuat sandaran fail ke peranti lain. Penjagaan data adalah tanggungjawab pengguna dan pengilang tidak bertanggungjawab di atas kehilangan data.
❐❐Untuk menggunakan SmartShare™ SMART ➾ SmartShare™ Melihat fail foto / muzik / video di TV anda dengan menyambung ke peranti USB atau rangkaian home (DLNA). ✎✎ Imej yang dipaparkan mungkin berbeza daripada TV anda. SmartShare™ Terkini Terkini Dimainkan Video Foto 000 001 002 003 004 005 006 007 008 009 011 012 013 014 Muzik Rakaman TV Peranti yang Disambungkan Pilih rakaman yang disimpan pada USB HDD untuk melihat/ memadamkannya.
❐❐Untuk mengawal main balik video Mengawal main balik dan menetapkan pilihan sewaktu menonton video. ✎✎ Imej yang dipaparkan mungkin berbeza daripada TV anda. Memilih masa yang dikehendaki dan memainkan Pilihan Menetapkan pilihan. Memainkan Menukar ke mod 3D.
❐❐Untuk mengawal paparan foto Mengawal main balik dan menetapkan pilihan semasa melihat gambar dalam skrin penuh. ✎✎ Bagi gambar 3D, Kesan Tayangan Slaid tidak berfungsi walaupun fungsi Pertunjukan Slaid didayakan. ✎✎ Imej yang dipaparkan mungkin berbeza daripada TV anda. Option Memaparkan foto sebagai tayangan slaid. Memainkan muzik latar belakang. Menukar ke mod 3D. Menetapkan pilihan. Menetapkan penapis. [Bergantung pada model] Memutar atau membesarkan gambar.
❐❐Untuk mengawal main balik muzik Mengawal main balik dan menetapkan pilihan semasa memainkan muzik. ✎✎ Imej yang dipaparkan mungkin berbeza daripada TV anda. Memilih masa yang dikehendaki dan memainkan Menetapkan pilihan Memainkan Menetapkan fungsi ulang/ rawak. Mendengar muzik apabila monitor dimatikan.
✎✎ Anda boleh mengawal main balik menggunakan kekunci ꕚ, ꕖ, dan ꕙ pada alat kawalan jauh standard. ✎✎ Jika anda menggunakan peranti USB, maklumat masa tidak akan ditunjukkan pada skrin.
❐❐Untuk menetapkan fungsi berkaitan SmartShareTM SMART ➾ SmartShare™ ➙ Tetapan Menukar tetapan berkaitan dengan main balik kandungan SmartShareTM. ❌❌Tetapan Lanjutan Menukar nama yang kelihatan semasa mencari TV dari peranti lain. Status Rangkaian Semak sambungan rangkaian. Membolehkan penggunaan fungsi sambungan wayarles Wi-Fi Direct seperti Wi-Fi Direct dan WiDi. Pakai Auto Menerima / menolak kandungan yang dipindahkan dari semasa peranti lain.
DivX(R) VOD Mendaftar atau meluluskan DivX. Menyemak Kod Pendaftaran DivX untuk memainkan video dilindungi DivX. Daftar di http://vod.divx.com. Menggunakan Kod Pendaftaran untuk menyewa atau membeli filem di www.divx.com/vod. ✎✎ Fail DivX yang disewa/dibeli tidak boleh dimainkan jika Kod Pendaftaran DivX bagi peranti lain digunakan. Gunakan hanya Kod Pendaftaran DivX yang diberikan kepada peranti ini.
❌❌Padam Sejarah Untuk memadamkan sejarah kandungan, tekan butang Padam Sejarah di bawah. Gunakan kandungan di menu Terbaru.
❐❐Fail menyokong SmartShareTM Kadar pemindahan data maksimum : • Full HD 1920 X 1080: 20 Mbps (megabit setiap saat) • ULTRA HD [Bergantung pada model] Video ULTRA HD 3840 X 2160 (H.264 L5.1) : 50 Mbps 3840 X 2160 (H.265 L5.
Format sari kata luaran yang disokong : *.smi, *.srt, *.sub (MicroDVD, SubViewer 1.0/2.0), *.ass, *.ssa, *.txt (TMPlayer), *.psb (PowerDivX), *.dcs (DLP Cinema) Format sari kata dalaman yang disokong : • Video HD Penuh 1920 X 1080: XSUB (menyokong sari kata dalaman yang dijana daripada DivX6) • [Hanya menyokong model ULTRA HD] Video ULTRA HD: Ia tidak menyokong sari kata dalaman.
❐❐Codec Disokong Video Maksimum: • Full HD : 1920 x 1080 @30p • ULTRA HD [Bergantung pada model] : 3840 x 2160 @30p Sambungan .asf .wmv .divx .avi Codec Video Audio Video Audio Profil Lanjutan VC-1, Profil Ringkas dan Utama VC-1 Standard WMA, Profesional WMA 9 DivX3.11, DivX4, DivX5, DivX6, XViD, H.
Sambungan .mp4 .m4v .mov .3gp .3g2 .mkv .ts .trp .tp .mts .m2ts Codec Video H.264/AVC, MPEG-4 Part 2 Audio AAC , MPEG-1 Layer III (MP3) Video Audio Video Audio Video H.264/AVC, MPEG-4 Part 2 AAC, AMR-NB, AMR-WB H.264/AVC HE-AAC, Dolby Digital H.
Sambungan .vob .mpg .
❌❌Fail muzik yang tersedia Jenis fail Item mp3 Kadar bit Frekuensi sampel Sokongan Maklumat 32 Kbps - 320 Kbps 16 kHz - 48 kHz MPEG1, MPEG2, Layer2, Layer3
❌❌Fail foto yang tersedia Jenis fail Item Profil Minimum: 64 x 64 2D (jpeg, jpg, jpe) JPEG 3D(jps) JPS 3D(mpo) MPO Maksimum: Jenis Normal: 15360 (W) x 8640 (H) Jenis Progresif: 1920 (W) x 1440 (H) Minimum: 64 x 64 Maksimum: Jenis Normal: 15360 (W) x 8640 (H) Saiz 4:3: 3648 x 2736 2592 x 1944 2048 x 1536 Saiz 3:2: 3648 x 2432
❐❐Memainkan video - amaran ✎✎ Sesetengah sari kata yang dibuat oleh pengguna mungkin tidak berfungsi dengan betul. ✎✎ Fail video dan sari kata perlu diletakkan di dalam folder yang sama. Agar sari kata dipaparkan dengan betul, fail video dan sari kata perlu mempunyai nama yang sama. ✎✎ Sari kata pada peranti NAS (Simpanan Terlampir Rangkaian) mungkin tidak disokong, bergantung pada pengilang dan modelnya.
✎✎ Video HD Penuh: 1920 X 1080 • Hanya profil H.264 / AVC tahap 4.1 dan lebih rendah disokong. ✎✎ [Hanya menyokong model ULTRA HD] Video ULTRA HD: 3840 X 2160 • Ia menyokong main balik melalui USB sahaja. • LG ULTRA HD adalah serasi sepenuhnya dengan kebanyakan kandungan ULTRA HD mengekod di HEVC yang menyampaikan kandungan resolusi yang tinggi. Walau bagaimanapun ia mungkin tidak menyokong beberapa jenis kandungan codec. • Codec baru boleh dikemaskini melalui SW upgrade. Sambungan .mkv / .mp4 / .ts .
✎✎ Sesetengah model HD ULTRA perlu berhubung dengan "ULTRA HD Upgrade Kit". ✎✎ Had saiz fail bergantung pada persekitaran yang dikodkan. ✎✎ Ia boleh berfungsi pada versi di atas Window Media Audio V2. ✎✎ Ia tidak disokong oleh AAC Main Profile. ✎✎ Fail video yang dicipta oleh sesetengah pengekod mungkin tidak boleh dimain balik. ✎✎ Fail video yang berformat lain daripada yang ditentukan di sini mungkin tidak boleh dimain balik.
DLNA bermaksud (Perikatan Rangkaian Kehidupan Digital / Digital Living Network Alliance), yang membolehkan anda melihat fail video / muzik / foto yang disimpan pada PC atau pelayan di TV anda melalui rangkaian rumah. ❐❐Untuk menyambungkan Telefon Pintar yang disahkan oleh DLNA TV dan telefon pintar perlu berada pada rangkaian yang sama. 1 2 3 4 5 6 7 Pastikan Wi-Fi didayakan pada telefon pintar. Pasang / jalankan aplikasi untuk berkongsi kandungan pada telefon pintar.
❐❐Untuk menyambung DLNA DMR (Pengukuh Media Digital) Dengan sistem pengendalian PC Windows 7 atau Windows 8 atau peranti disahkan DLNA (cth. telefon mudah alih), muzik/video/gambar boleh dimainkan pada TV tanpa memasang program yang berasingan. 1 Konfigurasi TV dan PC pada rangkaian yang sama. Konfigurasi PC yang dipasang Windows 7 atau Windows 8 pada rangkaian.
❐❐Untuk menyambung DLNA DMP (Pemain Media Digital) Dengan PC yang mempunyai Perisian PC SmartShare, fail muzik / video / foto boleh dimainkan semula di TV dengan menghubungkannya melalui rangkaian rumah. 1 Konfigurasi TV dan PC pada rangkaian yang sama. TV dan setiap peranti hendaklah disambungkan menerusi satu pusat akses untuk mendayakan perkhidmatan DLNA. 2 Pasang Perisian PC SmartShare pada PC dari laman web.
❌❌Sekiranya berlaku kerosakan DLNA ✎✎ Jika ciri DLNA tidak berfugsi dengan betul, Periksa tetapan rangkaian anda. ✎✎ Pusat akses 5-GHz diperlukan untuk menonton video 1080p melalui DLNA. Pusat akses 2.4-GHz mungkin menyebabkan penimbalan yang kerap atau masalah lain. ✎✎ DLNA mungkin tidak akan berfungsi dengan betul dalam rangkaian tanpa wayar. Anda disyorkan agar menyambung ke rangkaian berwayar. ✎✎ Semasa memainkan video dalam mod DLNA, Berbilang Audio dan sari kata dalaman tidak disokong.
✎✎ Ciri DLNA tidak boleh digunakan dengan beberapa pusat akses yang tidak menyokong multicast. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, rujuk kepada manual pusat akses atau rujuk pengilang. ✎✎ Jenis fail yang disokong mungkin berbeza bergantung pada persekitaran pelayan DLNA, walaupun untuk jenis fail yang disokong oleh TV. ✎✎ Terlalu banyak sub folder dan fail di dalam satu folder boleh menyebabkan kerosakan. ✎✎ Maklumat mengenai fail dari pelayan DLNA mungkin tidak dipaparkan dengan betul.
❐❐Untuk menggunakan Premium SMART ➾ Premium Perkhidmatan ini memberikan anda akses mudah ke pelbagai jenis kandungan, seperti video, berita dan UCC, pada bila-bila masa, selagi anda disambungkan ke rangkaian. Kandungan premium termasuk perkhidmatan yang mengkhusus kepada negara tersebut dengan mengambil kira kepekaan budaya serantau di samping kandungan global.
❐❐Untuk menggunakan kandungan berbayar Bayaran tertentu perlu dibayar bagi sesetengah kandungan Premium. Perkhidmatan berbayar dibayar sama ada melalui sistem pengebilan proprietari LG Electronics atau melalui penyedia kandungan yang berkaitan. Sebelum menggunakan sistem bil LG, anda perlu mendaftar untuk keahlian dan mendaftarkan maklumat pembayaran pada TV atau laman web (www.lgappstv.com) untuk membeli kandungan berbayar.
1 Klik butang Daftar Masuk di sebelah kanan atas skrin pada halaman Utama untuk mendaftar masuk. 2 Beralih ke perkhidmatan premium yang dikehendaki. (Untuk beberapa perkhidmatan premium, daftar masuk berasingan diperlukan selepas mendaftar masuk untuk perkhidmatan premium.) 3 Selepas menyemak semula harga dan maklumat perkhidmatan untuk kandungan, klik butang Beli. (Mungkin terdapat had bagi tempoh ketersediaan dan bilangan kali bergantung pada kandungan.
❐❐Untuk menetapkan semula Premium SMART ➾ Premium ➙ Pilihan ➙ Permulaan Premium Menetapkan semula senarai, maklumat premium, tetapan negara dan maklumat daftar masuk pengguna. Menetapkan semula akan menyelesaikan ralat yang berlaku sewaktu kemas kini premium.
✎✎ Kandungan yang diberikan oleh pembekal khidmat tertakluk kepada perubahan atau pemadaman tanpa memberi notis terlebih dahulu untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya. Rujuk kepada laman web bagi pembekal kandungan yang berkaitan untuk soalan, penyelesaian masalah atau maklumat terkini mengenai kandungan. LG Electronics menganggap tiada tanggungjawab perundangan untuk perkhidmatan kandungan dan maklumat berkaitan, walaupun, apabila perkhidmatan diberhentikan oleh pembekal khidmat.
❐❐Untuk menggunakan LG Smart World [Fungsi ini mungkin tidak boleh digunakan di sesetengah negara.] SMART ➾ LG Smart World LG Smart World adalah perkhidmatan aplikasi TV yang disediakan melalui Perkhidmatan Smart TV. Anda boleh memuat turun dan menikmati pelbagai jenis aplikasi berbayar popular/percuma termasuk pendidikan, hiburan, kehidupan dan berita.
❐❐Untuk mendaftar dengan LG Smart World SMART ➾ Daftar Masuk Pendaftaran diperlukan untuk memuat turun dan menjalankan aplikasi. 1 Pilih Daftar dan bersetuju dengan Notis Perundangan. 2 Masukkan ID dan kata laluan. 3 Dalam kotak Sahkan Kata Laluan, masukkan semula kata laluan. 4 Pilih OK untuk melengkapkan proses pendaftaran. ✎✎ Anda boleh mendaftar untuk keahlian pada sama ada TV anda atau laman web (www.lgappstv.com).
❐❐Untuk memasang aplikasi di TV anda SMART 1 2 3 4 5 ➾ LG Smart World Klik butang Daftar Masuk di bahagian atas skrin utama untuk log masuk. Pilih kad LG Smart World. Pilih aplikasi yang anda inginkan dari senarai. Semak butiran aplikasi, kemudian pilih butang Pasang atau Beli. Semak bahawa anda mempunyai fungsi atau aksesori TV yang diperlukan untuk memasang aplikasi, kemudian pilih butang OK. 6 Untuk aplikasi yang berbayar, pengesahan pembayaran dan pembelian diperlukan.
✎✎ Anda boleh membeli aplikasi melalui PC atau TV, tetapi , anda perlu menggunakan TV untuk memasang dan menjalankannya. ✎✎ Jika anda mempunyai ruang penyimpanan yang mencukupi di TV anda, anda boleh memuat turun aplikasi ke peranti penyimpanan USB melalui terminal TV untuk aplikasi USB. Aplikasi disimpan pada USB boleh dijalankan / dipadam / diallih dari skrin Aplikasi Saya. ✎✎ Kayu Memori USB yang mengandungi aplikasi tidak boleh digunakan untuk maklumat lain.
❐❐Untuk mengurus maklumat saya SMART 1 2 3 4 ➾ LG Smart World Daftar masuk. Pilih ID yang baru didaftar masuk di bahagian atas skrin. Pilih Halaman Saya. Mengurus dengan memeriksa Maklumat Ahli, Senarai Aplikasi yang Saya telah Beli dan Senarai Aplikasi yang Dipasang di TV.
Maklumat Saya Pertanyaan Pembayaran Apikasi yang Dibeli Menunjukkan maklumat asas mengenai ID yang sedang didaftar masuk. Untuk menukar maklumat keahlian, lawati www.lgappstv.com pada PC anda. Menunjukkan Sejarah Pembayaran bagi ID yang didaftar masuk. Menunjukkan Senarai Aplikasi yang Saya telah Beli untuk ID yang didaftar masuk. Anda boleh memadam/memasang semula aplikasi yang dibeli.
SMART ➾ Cari Anda boleh cari aplikasi dan isi kandungan menggunakan fungsi [Cari] TV Pintar LG. Apabila anda memasukkan kata kunci menggunakan peranti input ini, seperti alat kawalan jauh, anda boleh temui aplikasi [LG Smart World] dan sesetengah kandungan perkhidmatan [Premium]. Pautan turut dibekalkan untuk membuat carian web. Jika anda menggunakan [SmartShareTM], anda juga boleh mencari isi kandungan [SmartShareTM].
❐❐Untuk menggunakan fungsi pengecaman suara ❌❌Menggunakan fungsi ini melalui carian 1 Pergi ke SMART ➾ Cari. Pilih ikon pengecaman suara ( ) pada bahagian kiri medan teks. 2 Bercakap dengan perlahan dan jelas selepas tetingkap pengecaman suara muncul. 3 Selepas pengecaman suara selesai, tetingkap Senarai Yng Sama akan muncul. Jika tetingkap pop timbul tiada hasil yang anda inginkan, tekan Cuba Semula untuk mencuba sekali lagi. Pilih hasil yang paling serupa, kemudian ia akan dipaparkan dalam medan teks.
❌❌Menggunakan fungsi ini di Internet 1 Pergi ke SMART ➾ Internet. Gerakkan penunjuk alat kawalan jauh Magic di medan input teks pada laman portal untuk membuka tetingkap papan kekunci. 2 Pilih ikon pengecaman suara ( ) pada bahagian kiri medan input teks. 3 Bercakap dengan perlahan dan jelas selepas tetingkap pengecaman suara muncul. 4 Selepas pengecaman suara selesai, tetingkap Senarai Yng Sama akan muncul.
✎✎ Anda boleh menggunakan Carian Suara apabila anda menekan Pengecaman suara( ) pada alat kawalan jauh Magic walaupun papan kekunci QWERTY dipaparkan pada skrin anda ✎✎ Semak sambungan rangkaian sebelum menggunakan fungsi pengecaman suara. ✎✎ Anda disyorkan untuk menggunakan alat kawalan jauh tidak lebih daripada 10 cm dari muka anda. ✎✎ Pengecaman suara mungkin akan gagal jika anda bercakap dengan terlalu pantas atau terlalu perlahan.
SMART ➾ Internet Taipkan URL secara manual di TV atau lawati laman web yang ditambah pada Kegemaran. Menaip alamat web. Memilih apabila anda membuka beberapa penyemak imbas web. Jadikan halaman semasa halaman kegemaran.
✎✎ Internet menyokong sehingga Flash 11 tetapi, tidak menyokong teknologi bergantung pada platform seperti ActiveX. ✎✎ Internet hanya berfungsi dengan plug-in dipasang dahulu. ✎✎ Internet mungkin tidak memainkan sebarang format fail media selain daripada yang berikut: JPEG / PNG / GIF ✎✎ Internet akan ditutup secara paksa apabila memori tidak mencukupi. ✎✎ Bagi Internet, fon yang dipasang pada TV adalah digunakan dan mungkin tidak dipaparkan dengan betul bergantung kepada kandungan yang dimainkan.
Aplikasi percuma tersedia secara serta-merta selepas anda mendaftar tetapi anda sepatutnya mendaftarkan kaedah pembayaran anda untuk menggunakan aplikasi yang berbayar. Anda boleh mendaftar diri dan mendaftarkan kaedah pembayaran pada TV atau pada laman web kami (www.lgappstv.com). Masalah Apabila memasukkan menu, mesej "Memulakan" sentiasa muncul. Tiada kandungan yang ditunjukkan pada kad premium.
Masalah Semasa menggunakan ciri internet, sesetengah laman web mengandungi ruang kosong. Internet ditutup secara automatik apabila melawati laman web. Saya sudah mendaftar di TV. Adakah saya perlu mendaftar semula di laman web (www. lgappstv.com)? Penyelesaian • Internet TV menyokong sehingga Flash 11 dan hanya memainkan fail dalam format berikut : JPEG, PNG, GIF • Internet mungkin dipaksa untuk ditutup jika memori tidak mencukupi untuk kandungan maklumat pada halaman web.
Masalah Adakah setiap ahli keluarga boleh menggunakan ID berbeza pada satu TV? Apakah yang saya perlu lakukan jika saya terlupa ID saya? Penyelesaian • Anda boleh mendaftar dan menggunakan lebih daripada satu ID pada satu TV. • Anda boleh melihat ID yang didaftarkan di TV dalam SMART ➾ Daftar Masuk ➙ Senarai ID. • Anda boleh menyemak senarai aplikasi yang dibeli melalui setiap ID.
Masalah Saya telah membeli aplikasi dari laman web (www.lgappstv.com). Bagaimana saya boleh menggunakannya di TV? Adakah saya boleh melihat sejarah aplikasi yang saya telah beli? Penyelesaian • Jika anda ingin menyemak aplikasi yang anda beli di TV, daftar masuk dan lihat ia pada menu Aplikasi yang Dibeli. Pilih ID di bahagian atas Home dan semak aplikasi dalam Halaman Saya ➙ Aplikasi yang Dibeli. • Pilih ID di bahagian atas Home dan semak aplikasi dalam Halaman Saya ➙ Aplikasi yang Dibeli.
Masalah Saya telah memadam aplikasi berbayar adakah saya perlu membelinya lagi untuk memuat turunnya? Bolehkah saya gunakan aplikasi daripada LG Smart World TV Pintar LG pada kedua-dua TV dan PC? Penyelesaian • Jika aplikasi yang dibeli terpadam secara tidak sengaja, anda boleh memuat turun dan memasangnya semula tanpa perlu membelinya sekali lagi, selagi ia masih dalam perkhidmatan. Pilih ID di bahagian atas Utama dan muat turun semula aplikasi dalam Halaman Saya ➙ Aplikasi Yang Dibeli.
Masalah Penyelesaian Bagaimana saya boleh • Pilih ID di bahagian atas Rumah dan semak ID yang baru mengetahui ID mana didaftar masuk dalam Halaman Saya ➙ Maklumat Saya. sedang didaftar masuk di TV? Saya telah memasang • Pilih SMART ➾ Aplikasi Saya. Semua aplikasi aplikasi di TV saya. berbayar dan percuma yang dipasang di TV dipaparkan.
Masalah Saya terlupa kata laluan TV saya. Apa yang saya perlu lakukan? Penyelesaian • Jika anda hanya menyediakan ID dan kata laluan semasa mendaftar masuk pada TV anda, anda tidak boleh memulihkan semula kata laluan anda apabila ia hilang. Cipta ID baru dan daftar masuk dengan ID tersebut. • Jika anda menyediakan maklumat lain selain daripada ID dan kata laluan semasa mendaftar masuk pada TV anda atau laman web LG (www.lgappstv.com), anda boleh memulihkan semula kata laluan anda pada laman web.
Masalah Adakah saya perlu menyimpan maklumat pembayaran untuk membeli aplikasi yang dibayar? Adakah saya boleh mengembalikan aplikasi yang saya telah beli? Penyelesaian • Untuk membeli aplikasi yang dibayar, anda perlu mempunyai kad kredit yang berdaftar pada TV atau laman web (www.lgappstv.com) atau mempunyai kredit. Jika anda tidak ingin butiran kad kredit anda disimpan, cajkan kredit terlebih dahulu.
Masalah Penyelesaian • Untuk membeli aplikasi berbayar, anda perlu memiliki kad kredit yang didaftarkan dengan laman web (www.lgappstv. Saya telah mendaftar di com). Juga, anda boleh menyediakan kredit anda dengan TV saya tetapi saya tidak menggunakannya pada laman web untuk membelinya. Anda dapat membeli aplikasi tidak boleh membeli aplikasi berbayar jika kad kredit anda yang dibayar. tidak didaftarkan dengan kami atau anda tidak mempunyai kredit yang mencukupi.
Masalah Penyelesaian • Untuk ahli yang baru mendaftar masuk, format ID telah diubah dari kombinasi nombor dan abjad kepada alamat Perlukan saya mengubah e-mel. format ID saya kepada • Jika anda sudah menjadi ahli, anda masih boleh alamat e-mel? menggunakan ID sedia ada anda atau ubahnya kepada alamat e-mel. • Akaun LG membolehkan anda mendaftar masuk ke semua perkhidmatan LG Smart dengan satu ID dan kata laluan.
❐❐Untuk menetapkan negara perkhidmatan SMART ➾ Tetapan ➙ PILIHAN ➙ Tetapan Negara Perkhidmatan Anda boleh menukar tetapan negara Smart TV anda. Perkhidmatan Premium dan LG Smart World yang tersedia bagi negara yang anda pilih akan disediakan. Tetapan Auto Tetapan Manual Negara perkhidmatan ditetapkan secara automatik bagi Smart TV anda. Negara perkhidmatan boleh ditetapkan secara manual bagi Smart TV anda.
❐❐Untuk menggunakan Skrin Jauh Tekan butang pada Alat Kawalan Jauh Magic. Pilih butang pada Skrin Jauh yang dipaparkan pada skrin menggunakan Alat Kawalan Jauh Magic.
❌❌Untuk menggunakan Skrin Jauh ✎✎ Jenis butang pada Skrin Jauh berbeza bergantung kepada wilayah atau jenis peranti yang disambungkan. ✎✎ Imej yang dipaparkan mungkin berbeza daripada TV anda. Tab Tukar Peranti Keluar dari Skrin Jauh Menggerakkan kedudukan Skrin Jauh ke kiri atau ke kanan Time Machine II REC Butang pengendalian TV ✎✎ Jenis butang berbeza bergantung kepada modelnya.
❐❐Untuk mengawal peranti yang disambungkan kepada TV menggunakan Skrin Jauh Anda boleh mengawal peranti yang disambungkan melalui SimpLink atau MHL menggunakan Skrin Jauh. 1 Periksa sama ada peranti telah disambungkan kepada TV. 2 Selepas menekan butang pada Alat Kawalan Jauh Magic, pilih peranti yang anda hendak kawal dalam tab Tukar Peranti. Skrin Jauh yang dapat mengawal peranti ini akan muncul. ✎✎ Ini mungkin tidak akan berfungsi dengan butang bagi sesetengah model.
❐❐Untuk melihat imej 3D Perimejan 3D adalah teknologi yang menggunakan perbezaan penglihatan pada mata kiri dan kanan untuk menjadikan imej pada TV kelihatan sama seperti ruang 3 dimensi yang sebenar. 1 Mainkan tajuk imej 3D atau beralih kepada rancangan 3D. 2 Pakai cermin mata 3D. 3 Tekan butang 3D untuk bertukar kepada pengimejan 3D. 4 Untuk menamatkan pemaparan imej 3D, tekan butang 3D pada alat kawalan jauh semasa melihat imej 3D. ✎✎ Bergantung kepada isyarat input, jenis 3D yang ada mungkin berbeza.
❐❐Untuk melaraskan butiran imej 3D SMART ➾ Tetapan ➙ GAMBAR ➙ Tetapan 3D Melaraskan pelbagai aspek pengimejan 3D. Mod 3D Menyediakan kedalaman 3D yang sesuai. • Kedalaman 3D : Melaraskan kedalaman 3D antara objek dan latar belakang. • Sudut Pandangan 3D : Melaraskan imej 3D lebih dekat/jauh dari pengguna.
Pengezuman Bunyi 3D Menyediakan bunyi dioptimum 3D. Tukar ke skrin 3D secara automatic dengan Pengecaman Corak 3D menganalisis corak skrin asal. Anda boleh menonton imej 2D apabila kesan 3D Paparan imej normal dihapuskan. ✎✎ Bergantung kepada model, Pembetulan Warna 3D Pembetulan Warna 3D (Pembetulan Warna 3D) mungkin tidak tersedia. Pembetulan Imej 3D Menukar imej kiri/kanan video 3D.
❐❐Melihat imej 3D - amaran ✎✎ Apabila melihat imej 3D, penonton disyorkan untuk mengekalkan jarak sekurang-kurangnya dua kali ganda panjang pepenjuru skrin. ✎✎ Imej 3D mungkin tidak dapat dilihat dengan betul dengan cermin mata jenis pengatup yang perlu dicas semula. ✎✎ Jika format siaran 3D di masa hadapan yang tidak disokong oleh TV ini menjadi standard, anda mungkin memerlukan peranti tambahan seperti peti atas set.
❐❐Menggunakan cermin mata 3D - amaran ✎✎ Jangan gunakan cermin mata 3D sebagai ganti untuk cermin mata pembetulan, cermin mata hitam atau gogal perlindungan anda sendiri. Penggunaan cermin mata 3D yang salah boleh menyebabkan kecederaan mata. ✎✎ Jangan simpan cermin mata 3D dalam keadaan yang ekstrem. Pendedahan terhadap suhu yang teramat tinggi atau rendah boleh mengubah bentuk kanta. Jangan gunakan cermin mata yang telah rosak.
❐❐Apakah itu Time Machine Ⅱ? Ini adalah fungsi yang boleh anda gunakan untuk merakam rancangan yang sedang anda tonton atau memutar semula rancangan yang anda tonton dalam masa nyata. Rkm Serta-merta Rkm Berjadual Main Syif Masa Merakam rancangan yang sedang anda tonton sertamerta. Memilih rancangan yang anda kehendaki atau menetapkan masa untuk merakam. Memainkan balik rakaman. Memutar balik rancangan yang sedang anda tonton dalam masa nyata.
✎✎ [Bergantung pada model] Anda boleh juga merakam rancangan digital/ analog yang dipancarkan melalui kabel RF dan kandungannya dimainkan melalui input AV IN. ✎✎ Kandungan hak cipta rakaman, disediakan dengan peti atas set yang menggunakan bicu AV, tidak disokong. Tajuk DVD/Blu-ray ketulenan rakaman juga tidak disokong. ✎✎ Semua siaran dilindungi oleh hak cipta, anda mungkin perlu mendapatkan kebenaran daripada pemilik hak cipta sebelum mengeluarkan semula atau memainkan balik siaran-siaran ini.
❐❐Untuk menggunakan fungsi rakam serta-merta 1 Untuk merakam apa yang sedang anda tonton dengan serta-merta, tekan butang Wheel (OK) pada alat kawalan jauh Magic dan tekan butang RKM pada bar kemajuan yang muncul. RKM Secara Langsung Senarai Dirakam Senarai Jadual Jadual Pilihan 2 Butang RKM bertukar menjadi butang Rakaman Berhenti ( ) semasa rakaman sedang berjalan.
✎✎ Tempoh rakaman mungkin berbeza bergantung kepada kapasiti peranti simpanan USB anda. ✎✎ Apabila tiada peranti USB yang disambungkan, rakaman akan disimpan dalam memori terbina dalam. Sambungkan peranti USB untuk menyimpan rakaman lain. ✎✎ Tekan butang Wheel (OK) semasa rakaman untuk memaparkan maklumat mengenai rakaman pada bahagian atas kanan skrin. ✎✎ Operasi butang Wheel (OK) mungkin berbeza bergantung kepada negara anda.
❌❌Untuk berhenti merakam. Tekan butang Rakaman Berhenti ( ) pada bar kemajuan, dalam tetingkap Maklumat atau pada alat kawalan jauh pada skrin untuk memilih Rakaman Berhenti. ❌❌Untuk mengubah suai masa tamat rakaman Tekan butang Rakaman Berhenti ( ) pada bar kemajuan, dalam tetingkap Maklumat atau pada alat kawalan jauh pada skrin untuk memilih Masa tamat rakaman diubah suai. ✎✎ Anda boleh menetapkan sehingga 5 jam untuk Masa tamat rakaman diubah suai.
❐❐Untuk menjadualkan rakaman Fungsi ini membolehkan anda menetapkan tarikh dan masa untuk merakam rancangan yang hendak anda tonton. Tekan butang Wheel (OK) pada Alat kawalan jauh Magic lalu klik Jadual pada bar kemajuan yang muncul. RKM Secara Langsung Senarai Dirakam Senarai Jadual Jadual Pilihan ✎✎ Operasi butang Wheel (OK) mungkin berbeza bergantung kepada negara anda. ✎✎ Anda boleh juga menggunakan butang bar kemajuan( jauh pada skrin untuk menjadualkan rakaman.
Panduan TV Jadual Anda boleh pilih rancangan yang hendak anda jadualkan untuk menonton atau merakam. Panduan TV Jadual Anda boleh pilih tarikh, masa dan saluran yang hendak anda jadualkan untuk menonton atau masa rakaman. Jadual Senarai Jadual -24J +24J Panduan TV Senarai Jadual ✎✎ Imej yang dipaparkan mungkin berbeza daripada TV anda. ✎✎ Apabila Panduan Rancangan tidak tersedia, hanya menu Jadual yang dipaparkan. ✎✎ Tempoh rakaman yang dijadualkan hendaklah sekurang-kurangnya 2 minit.
❐❐Untuk memeriksa atau mengubah suai senarai jadual Wheel (OK) ➾ Senarai Jadual Ini adalah fungsi yang boleh anda gunakan untuk memeriksa, mengubah suai atau memadam jadual tontonan dan rakaman yang telah anda tetapkan. ✎✎ Operasi butang Wheel (OK) mungkin berbeza bergantung kepada negara anda. ✎✎ Sehingga 30 rancangan boleh ditambah ke dalam Senarai Jadual. ✎✎ Anda boleh juga menggunakan butang bar kemajuan ( jauh pada skrin untuk melihat Senarai Jadual.
❐❐Untuk menonton rakaman Wheel (OK) ➾ Rakaman TV Anda boleh melihat rakaman yang disimpan pada peranti USB. Anda boleh memilih rakaman untuk dimainkan atau dipadam. Main pada masa main sebelumnya. Main dari mula. Padam Meneruskan mainan rakaman yang tekah anda mainkan sebelum ini. Memainkan balik rakaman yang dipilih dari permulaan. Memadamkan rakaman yang dipilih. ✎✎ Sehingga 600 rakaman boleh ditambah ke dalam Rakaman TV. ✎✎ Anda boleh juga melihat rakaman daripada SMART ➾ SmartShareTM ➙ Rakaman TV.
❐❐Untuk mengurus rakaman Wheel (OK) ➾ Rakaman TV Lindung Padam Mengelakkan rakaman terpilih daripada dipadamkan secara automatik. Memadamkan rakaman yang dipilih. ✎✎ Anda boleh juga melihat rakaman daripada SMART Rakaman TV.
❐❐Untuk mengawal main balik rakaman Tekan butang Wheel (OK) pada alat kawalan jauh semasa mainan. Pilih titik mula yang hendak dimainkan Tetapkan pilihan main balik rakaman. Edit-Klip Laraskan gambar semasa rakaman dimainkan Ulang/simpan klip Ulang Pilihan Tonton dalam 3D (Dipaparkan hanya bagi model yang menyokong 3D) ✎✎ Gambarnya mungkin berbeza dengan yang ada pada skrin TV.
❐❐Untuk menyambung peranti USB untuk Time Machine Ⅱ 1 Sediakan peranti USB untuk digunakan untuk Time Machine Ⅱ. 2 Sambungkan peranti simpanan USB ke port dengan label HDD IN di bahagian belakang atau sisi TV anda. 3 Untuk menggunakan peranti USB hanya untuk fungsi Time Machine Ⅱ, anda mesti mulakan peranti tersebut. Pilih Wheel (OK) ➾ Pilihan ➙ Permulaan peranti USB jika anda sambungkan peranti yang belum dimulakan. Skrin Permulaan peranti USB muncul.
✎✎ Anda boleh menggunakan Pemacu Cakera Keras (HDD) atau Pemacu Keadaan Pepejal (SSD) sebagai peranti USB untuk Time Machine Ⅱ sahaja. ✎✎ Anda disyorkan untuk menggunakan peranti USB dengan kapasiti antara 40 GB dan 2 TB. ✎✎ Untuk SSD (Pemacu Keadaan Pepejal), terdapat had pada bilangan membaca/menulis yang boleh dilakukan. Dengan itu, anda disyorkan untuk menggunakan HDD (Pemacu Cakera Keras). ✎✎ Untuk menanggalkan peranti USB, pilih Menu Cepat ➙ Peranti USB.
❐❐Apakah dia Syif Masa (main balik masa nyata)? Ini adalah fungsi yang dapat anda gunakan untuk menyimpan program yang sedang anda tonton buat sementara pada peranti USB supaya anda boleh memainkan balik adegan yang anda terlepas semasa menonton TV. Fungsi ini membolehkan anda terus menonton daripada bahagian sebelumnya jika anda keluar sebentar. ✎✎ Anda perlu menetapkan mod Syif Masa kepada ON selepas menyambungkan peranti USB untuk menggunakan fungsi Syif Masa.
❐❐ Untuk menggunakan fungsi Syif Masa (main balik masa nyata) Gunakan butang navigasi kiri atau kanan pada alat kawalan jauh Magic untuk menggerakkan gambar yang sedang anda tonton ke hadapan atau belakang sejauh 10 saat. RKM Secara Langsung Senarai Dirakam Senarai Jadual Jadual Pilihan ✎✎ Anda boleh juga mengendalikan Syif Masa dengan menggunakan butang navigasi kiri atau kanan pada alat kawalan jauh standard.
❐❐Untuk menetapkan fungsi Time Machine Ⅱ Wheel (OK) ➾ Pilihan Anda boleh menukar tetapan bagi Time Machine Ⅱ semasa menggunakan fungsi ini. Kualiti Rakaman TimeShift [Bergantung pada model] Menetapkan kualiti gambar bagi rakaman. Anda boleh menetapkannya menjadi Kualiti Tinggi atau Kualiti Biasa. ✎✎ Tempoh rakaman mungkin berbeza bergantung kepada kualiti rakaman. Memainkan balik adegan yang anda terlepas. • HIDUP: Mendayakan fungsi TimeShift secara automatik apabila anda menghidupkan TV.
Secara automatik memadamkan rakaman lama apabila peranti USB penuh agar ruang diperoleh untuk Auto pemadaman menyimpan rakaman baru. ✎✎ Rakaman yang dilindungi tidak dipadamkan secara automatik. Menetapkan peranti storan yang bersambung untuk Permulaan peranti digunakan hanya bagi Mesin Waktu. Semua data yang USB disimpan pada peranti USB akan dipadamkan. ✎✎ Peranti USB yang telah dijalankan Permulaan peranti USB tak akan dikesan oleh PC. ✎✎ Rakaman yang disimpan pada peranti USB boleh rosak.
❐❐Untuk menggunakan Time Machine Ⅱ dalam pelbagai cara Anda boleh menggunakan Time Machine Ⅱ dalam pelbagai cara dengan menggabungkannya dengan fungsi berbeza. On Now (Hidupkan Sekarang) Voice Mate (Teman Suara) Gambar pegun disediakan untuk carian rancangan. Anda boleh merakam rancangan yang anda cari dengan serta-merta atau menjadualkan masa rakaman atau tontonan bagi rancangan tersebut. Mengecam suara manusia untuk mencari rancangan dan mengawal TV.
Search (Cari) Mencari gambar yang anda kehendaki. Anda boleh mencari rancangan menggunakan nama rancangan untuk merakam dengan serta-merta atau menjadualkan masa rakaman atau tontonan. ✎✎ Fungsi yang tersedia mungkin berbeza bergantung kepada negara. ✎✎ Untuk perihalan setiap fungsi, rujuk kepada bahagian yang berkaitan dalam SMART ➾ Panduan Pengguna.
❐ ❐Apakah dia Pengecaman Pergerakan? Anda boleh mengawal TV hanya dengan Menggerakkan Tangan ke kamera. Anda boleh menggunakan fungsi Pengecaman Pergerakan untuk mematikan TV, mengubah saluran dan mengawal kelantangan. ✎ ✎ Pengecaman Pergerakan hanya aktif apabila menonton TV dan tidak disokong apabila menggunakan menu bijak, contohnya apabila menyambungkan peranti tanpa wayar, termasuk aplikasi TV dan port USB.
❐ ❐Untuk menggunakan fungsi Pengecaman Pergerakan 1 Sediakan kamera Smart TV untuk digunakan. Jika Smart TV anda tidak dilengkapi dengan kamera, pasang kamera panggilan video LG (Dijual berasingan). (Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pada Buku Panduan Pengguna pemasangan atau Buku Panduan Pengguna pemilik kamera tersebut.) 2 Kamera tersebut diaktifkan selama 20 hingga 30 saat selepas TV dihidupkan. 3 Pergi ke SMART ➾ Tetapan ➙ PILIHAN dan semak jika Pengecaman Pergerakan ditetapkan pada Buka.
5 Gerakkan tangan anda ke kiri, kanan, atas atau bawah untuk memilih fungsi. Tutup dan buka genggaman tangan anda untuk memulakan fungsi tersebut. 6 Jika anda merendahkan tangan anda di luar julat pengecaman pergerakan, pengawal tersebut hilang daripada skrin. ✎ ✎ Jika anda genggam tangan anda lebih daripada satu saat, fungsi yang dipilih akan berjalan secara berterusan sehingga anda membuka tangan anda.
✎ ✎ Pengecaman Pergerakan mungkin tidak berfungsi dengan betul jika: • Anda sama ada berada dalam tempat yang terlalu cerah atau terlalu gelap (Kecerahan ambien optimum: 50 lux - 600 lux) • Muka anda tidak dapat dikesan oleh kamera kerana lampu di belakang anda. • Muka anda tidak dikesan oleh kamera kerana anda memakai topi • Jarak antara anda dengan kamera terlalu dekat atau terlalu jauh (Jarak sesuai: 1.5 m - 4.
✎ ✎ Menggerakkan Tangan mungkin tidak boleh dikenali dalam kes berikut. • Jika Pengecaman Pergerakan ditetapkan pada Tutup dalam SMART ➾ Tetapan ➙ PILIHAN, : Tetapkan ke Buka. • Jika sebarang menu selain daripada pengawal pengecaman pergerakan dipaparkan atas skrin TV, : Buatkannya hilang. • (Untuk kamera terbina dalam) Jika kamera tidak didongakkan ke atas, : Pastikan kamera didongakkan ke atas.
✎ ✎ Jika lebih daripada satu tangan dikesan oleh kamera, ia berfungsi dengan tangan pertama yang dikesan sahaja. Untuk menggunakan tangan lain bagi mengendalikan pengawal, rendahkan tangan anda ke bawah untuk kosongkan pengawal daripada skrin dan kemudian angkat tangan anda lagi. ✎ ✎ Jika anda angkat tangan anda ke atas dengan membuka atau menggenggam, kamera mungkin tidak dapat mengesan tangan anda. Pastikan anda mengangkat tangan anda dengan kesemua lima jari ditunjukkan dengan jelas.
❐❐Apakah mod Dual Play (Dwimain)? Apabila anda bermain permainan perang 1:1 dengan konsol permainan, seperti Playstation, XBox dan Wii, pengguna biasanya memainkannya dengan skrin dibahagi dua sama ada atas dan bawah, atau sebelah-menyebelah. Dengan mod Dwimain, setiap pemain boleh menikmati permainan dengan sepenuh skrin. Untuk bermain dalam mod Dwimain, cermin mata Dwimain (jenis A dan B) adalah diperlukan. Jika model anda tidak disertakan dengan cermin mata Dwimain, sila beli ia berasingan.
❐❐Memulakan Dwimain 1 2 3 4 Sambungkan konsol permainan ke TV anda. Pilih SMART ➾ Tambahan ➙ Dual Play. Mod Dwimain bermula. Pakai cermin mata Dwimain untuk menikmati permainan. Mod Dwimain akan dimatikan apabila anda memilih SMART ➾ Tambahan ➙ Dual Play semasa ia hidup. ✎✎ Pilih Mod skrin pisah (Mod skrin pisah) (Sebelah-menyebelah / Atas & Bawah) yang disokong oleh permainan. Jika pilihan Mod skrin pisah tidak disokong oleh permainan yang hendak anda mainkan, mod Dwimain tidak akan tersedia.
✎✎ Permainan sepatutnya menyokong mod Skrin pisah untuk dimainkan dalam mod Dwimain. ✎✎ Jika skrin tidak kelihatan cukup jelas dengan cermin mata Dwimain, pemainpemain boleh menukar cermin mata antara satu dengan lain. Anda hendaklah memilih cermin mata yang betul mengikut jenis operasi Dwimain. ✎✎ Untuk menetapkan menu permainan, matikan mod Dwimain. ✎✎ Imej tertentu mungkin kelihatan bertindih semasa bermain permainan. Anda disyorkan agar bermain permainan dengan menghadap bahagian tengah skrin.
❐❐Amaran Ketika Menggunakan Cermin Mata Dwimain ✎✎ Sila ambil perhatian bahawa cermin mata Dwimain adalah berbeza dengan cermin mata biasa 3D. Tanda "Dual Play" tertulis pada cermin mata Dwimain. ✎✎ Jangan gunakan cermin mata Dwimain sebagai cermin mata biasa, cermin mata hitam atau gogal perlindungan. Jika anda lakukan juga, kecederaan mungkin berlaku. ✎✎ Jangan simpan cermin mata Dwimain dalam keadaan terlalu panas atau terlalu sejuk. Jika anda lakukan juga, keherotan mungkin berlaku.
✎✎ Jangan jatuhkan cermin mata Dwimain atau membenarkannya tersentuh objek lain. Ini boleh merosakkan produk ini. ✎✎ Kanta cermin mata Dwimain (filem pengutub) amat mudah tercalar. Gunakan kain lembut yang bersih ketika membersihkannya. Debu-debu asing pada kain boleh menyebabkannya tercalar. ✎✎ Jangan calarkan permukaan kanta cermin mata Dwimain dengan objek yang tajam atau mengesatnya dengan bahan kimia. Jika kanta tercalar, imej mungkin tidak kelihatan normal ketika menonton DwiMain.
❐❐Mod Sokongan Dwimain [FHD] Input Komposit Komponen HDMI/ Komponen Isyarat Resolusi 480i 576i 480i 480p 576i 720x480 720x576 720x480 720x480 720x576 720p 1280x720 1080i 1920x1080 1080p 1920x1080 Frekuensi Mendatar (KHz) 15.73 15.625 15.73 31.50 15.625 45 37.5 33.75 28.125 67.50 56.250 27 33.
❐❐Mod Sokongan Dwimain [ULTRA HD] : HDCP1.4 Input Komposit Komponen HDMI/ Komponen Isyarat Resolusi 480i 576i 480i 480p 576i 720x480 720x576 720x480 720x480 720x576 720p 1280x720 1080i 1920x1080 1080p 1920x1080 Frekuensi Mendatar (KHz) 15.73 15.625 15.73 31.50 15.625 45 37.5 33.75 28.125 67.50 56.250 27 33.
Input Isyarat Resolusi HDMI 2160p 3840x2160 Frekuensi Mendatar (KHz) 53.95 54 56.25 61.43 67.5 Frekuensi Menegak (Hz) 23.976 24 25 29.97 30 ✎✎ Beberapa model mungkin tidak menyokong input Komposit/Komponen.
Anda boleh memuat turun aplikasi Alat Kawalan Jauh TV LG dari Google Play Store atau Apple App Store dan menggunakannya pada mana-mana TV yang disambungkan dengan telefon pintar anda. • Kini anda boleh menikmati rancangan TV kegemaran anda pada telefon pintar anda. (Sesetengah model sahaja) • Dengan mudah anda boleh memasukkan maklumat akaun anda untuk log masuk. • Anda boleh menambah saluran kegemaran anda pada telefon pintar anda.
• Anda boleh mengawal aplikasi permainan bagi TV dengan memilih Game Pad dalam aplikasi Alat Kawalan Jauh TV LG. • Pad kekunci yang membolehkan anda mengawal peti atas set dan peranti media ada disediakan. (Beberapa model dengan keadaan khusus sahaja.) • Anda boleh menetapkan TV pada mod penjimatan kuasa sambil menonton TV pada telefon pintar anda. • Anda boleh menangkap skrin yang sedang anda tonton dan mengongsinya melalui perkhidmatan rangkaian sosial seperti Twitter dan Facebook.
❐❐Untuk menggunakan tetikus USB berwayar/wayarles Sambung tetikus anda ke port USB. Gunakan tetikus untuk menggerakkan penunjuk pada skrin TV dan pilih menu yang anda kehendaki. Tetikus Alat Kawalan Jauh Magic Butang Kiri Butang OK pada Alat Kawalan Jauh Magic Butang Roda Butang Roda pada Alat Kawalan Jauh Magic ✎✎ Butang kanan dan butang khas pada tetikus tidak berfungsi. ✎✎ Kebolehgunaan tetikus dan papan kekunci USB wayarles mungkin akan terjejas oleh persekitaran Frekuensi Radio dan jarak.
❐❐Untuk menggunakan papan kekunci berwayar/wayarles Sambung papan kekunci anda ke port USB. Anda boleh memasukkan teks dengan papan kekunci semasa menggunakan fungsi cari dan Internet. ✎✎ Teks tidak dapat dimasukkan pada sesetengah skrin. ✎✎ Anda disyorkan agar menggunakan produk yang telah diuji keserasiannya dengan TV LG.
❐❐Untuk menggunakan pad permainan Sambungkan pad permainan anda ke port USB pada TV jika permainan tersebut memerlukan pad permainan. ✎✎ Ia disyorkan untuk menggunakan pad permainan yang diuji untuk keserasian dengan TV LG.
SMART ➾ Tetapan ➙ SOKONGAN ➙ Kemas Kini Perisian Menggunakan Kemas Kini Perisian untuk menyemak dan mendapatkan versi terbaru. Kemas kinian yang tersedia juga boleh disemak secara manual. Kemas Kini Perisian Mod kemas kini automatik Semak Versi Kemas Kini Tetapkannya ke Hidupkan. Jika kemas kini tersedia, gesaan akan muncul untuk menjalankan kemas kini. Jika kemas kini tersedia, kemas kini akan mula secara automatik tanpa gesaan. Menyemak versi dikemas kini terbaru yang dipasang.
✎✎ Apabila kemas kini bermula, tetingkap kemajuan kemas kini akan muncul untuk seketika dan hilang. ✎✎ Versi terbaru boleh didapatkan melalui isyarat siaran digital atau sambungan internet. ✎✎ Menukar rancangan semasa memuat turun perisian melalui isyarat siaran digital mengganggu proses muat turun. Kembali ke rancangan asal membolehkan muat turun diteruskan. ✎✎ Jika perisian tidak dikemas kini, fungsi tertentu mungkin tidak berfungsi dengan betul.
Jika gejala berikut berlaku, sila jalankan pemeriksaan dan pelarasan yang diterangkan di bawah. Mungkin tiada pincang tugas berlaku. SMART ➾ Tetapan ➙ SOKONGAN ➙ Ujian Isyarat Menunjukkan MUX dan maklumat Perkhidmatan, dll. Jika anda memilih Antena & Satelit atau Kabel & Satelit, hanya ujian isyarat untuk Antena atau Kabel akan dipaparkan. ❐❐Umum Masalah Tidak dapat menonton saluran tertentu. Selepas menghidupkan TV, wujud kelewatan sebelum imej penuh muncul.
❐❐Gambar SMART ➾ Tetapan ➙ SOKONGAN ➙ Ujian Gambar Periksa sama ada output isyarat imej adalah normal dengan bermula dengan Ujian Gambar. Jika tiada masalah dengan imej ujian, periksa sambungan peranti luaran atau isyarat siaran. Masalah Imej daripada saluran sebelumnya atau saluran lain masih kekal atau skrin memaparkan garisan yang menjengkelkan. Penyelesaian • Cuba laraskan antena ke arah stesen TV atau rujuk manual untuk mengetahui cara yang betul bagi menyambungkan antena.
Masalah Garis mendatar/menegak yang bergetar dan corak jaring ikan muncul seketika. Paparan skrin membeku atau tidak berfungsi dengan betul semasa siaran digital. Siaran digital tidak tersedia walaupun kabel disambungkan. Penyelesaian • Masalah sebegini boleh berlaku jika terdapat gangguan elektronik yang kuat. Matikan peranti elektronik lain seperti telefon mudah alih, alat berkuasa dan peralatan elektrik kecil yang lain.
Masalah Penyelesaian Imej tidak hidup ataupun jelas walaupun apabila disambungkan kepada HDMI. • Semak spesifikasi kabel HDMIⓇ. Hanya gunakan kabel HDMIⓇ. Kabel lain mungkin akan menyebabkan imej pudar masuk atau keluar atau tidak dipaparkan dengan betul. • Pastikan semua sambungan kabel dipasang dengan kukuh. Apabila sambungan tidak kukuh, imej mungkin tidak dipaparkan dengan betul. Tidak berfungsi apabila peranti simpanan USB disambungkan. • Sahkan bahawa versi peranti dan kabel USB adalah 2.
❐❐Bunyi SMART ➾ Tetapan ➙ SOKONGAN ➙ Ujian Bunyi Cuba jalankan Ujian Bunyi terlebih dahulu untuk mengesahkan bahawa output isyarat bunyi adalah normal. Apabila bunyi ujian adalah normal, periksa sambungan peranti luaran atau isyarat siaran. Masalah Penyelesaian Paparan skrin ada tetapi bunyi tidak kedengaran. • Semak saluran TV lain. • Pastikan Pembesar suara TV ditetapkan pada Hidup. Untuk siaran analog, stereo tidak jelas atau bunyi keluar dari satu pembesar suara sahaja.
Masalah Penyelesaian Bunyi TV tidak selaras dengan bibir atau bunyinya terputus-putus dari semasa ke semasa. • Jika ia berlaku pada saluran TV tertentu, ia mungkin disebabkan oleh masalah pada isyarat siaran stesen tersebut. Tanyakan kepada stesen TV atau operator kabel tempatan. Pada bila-bila masa saluran ditukar, kelantangan adalah berbeza. • Bergantung pada saluran, boleh wujud perbezaan dalam kelantangan. • Sila tetapkan Kelantangan Auto kepada Hidup.
Masalah Penyelesaian Pada saluran tertentu, bunyi tidak keluar atau hanya muzik latar yang kedengaran. (Jika ia adalah rancangan yang dihasilkan untuk luar negara) • Pada Bahasa, tetapkan Bahasa ➙ Bahasa Audio sebagai bahasa yang dikehendaki. Walaupun bahasa pada Multi Audio ditukar, apabila kuasa dimatikan atau saluran ditukar, tetapan lalai akan diset semula. Tiada bunyi apabila disambungkan kepada HDMI/USB. • Sahkan bahawa kabel HDMIⓇ tersebut berkelajuan tinggi.
❐❐Masalah sambungan PC Masalah Paparan skrin tidak hidup selepas disambung kepada komputer. Penyelesaian • • • • • Sahkan bahawa komputer dan TV disambungkan dengan kukuh. Matikan TV dan buka semula menggunakan alat kawalan jauh. Mulakan semula PC dengan TV dalam keadaan hidup. Periksa sama ada resolusi ditetapkan dengan betul bagi input PC. Untuk menggunakan TV sebagai monitor kedua, semak sama ada komputer meja atau komputer riba yang disambungkan menyokong paparan dwimonitor.
Masalah Apabila disambungkan ke komputer, paparan terpotong sebahagiannya atau beranjak ke tepi. Penyelesaian • Sediakan resolusi yang menyokong input PC. (Jika ia tidak berfungsi, sila but semula komputer.
❐❐Menghadapi masalah memainkan semula filem dalam Media Saya. Masalah Fail pada Senarai Filem tidak dipaparkan. "Fail ini tidak sah." Mesej ralat di atas muncul atau paparan imej tidak normal walaupun tiada masalah dengan bunyi. Penyelesaian • Semak sama ada fail pada peranti simpanan USB boleh dibaca pada komputer. • Semak sama ada sambungan fail disokong. • Sahkan bahawa fail dimainkan semula dengan normal pada pemain video pada komputer. (Semak kalau-kalau terdapat fail yang rosak.
Masalah "Audio Tidak Disokong." Mesej ralat di atas muncul atau bunyi tidak normal walaupun paparan imej tiada masalah. Penyelesaian • Sahkan bahawa fail dimainkan semula dengan normal pada pemain video pada komputer. (Semak kalau-kalau terdapat fail yang rosak.) • Semak sama ada codec audio disokong oleh komputer. • Sahkan bahawa kadar bit disokong. • Sahkan bahawa kadar sampel disokong.
Masalah Sari kata tidak dipaparkan. Penyelesaian • Sahkan bahawa fail dimainkan semula dengan normal pada pemain video pada komputer. (Semak kalau-kalau terdapat fail yang rosak.) • Semak sama ada nama fail video sama dengan nama fail sari kata. • Sahkan bahawa fail video dan sari kata berada dalam folder yang sama. • Sahkan bahawa format fail sari kata disokong. • Sahkan bahawa bahasa fail sari kata disokong. (Buka fail sari kata dalam Notepad untuk menyemak bahasa.
❐❐Bluetooth - BM-LDS401 ❐❐Wi-Fi - TWFM-B006D