User guide
GP2
may
Memainkan kandungan yang disimpan pada peranti USB (HDD luaran, peranti
memori USB) terus pada TV, dengan senang dan mudah.
❐
Untuk menyambungkan peranti USB
Sambungkan peranti simpanan USB kepada terminal USB IN TV.
Peranti storan USB yang disambungkan boleh digunakan dengan serta-merta.
❐
Untuk menanggalkan peranti USB
Q.MENU ➾ Peranti USB
Pilih peranti storan USB yang hendak anda tanggalkan.
Apabila anda melihat mesej bahawa peranti USB telah ditanggalkan, asingkan
peranti dari TV.
✎ Setelah peranti USB dipilih untuk ditanggalkan, ia tidak lagi boleh dibaca.
Tanggalkan peranti storan USB dan kemudian sambungkannya semula.