Owner's Manual
14
Rujukan ciri pantas
Bahagian ini menyediakan penerangan ringkas ciri pada telefon anda.
Mesej Menu 1
Buat mesej Menu ini termasuk fungsi yang berkaitan SMS (Khidmat pesanan
ringkas) dan MMS (Khidmat Media ringkas). Anda boleh
menghantar SMS kepada banyak kenalan sekali gus.
Peti masuk Anda akan diberitahu apabila anda menerima mesej. Ia akan
disimpan dalam Peti masuk.
Draf Anda boleh menyimpan mesej di dalam Draf untuk sementara.
Peti keluar Ini adalah folder penyimpanan sementara bagi mesej yang
belum dihantar atau yang telah anda hantar tetapi gagal untuk
disampaikan.
Item dihantar Selepas menghantar mesej, mesej teks atau multimedia
disimpan dalam folder Dihantar.
Item disimpan Anda boleh mengakses mesej yang telah anda simpan.
Siarkan mesej Pilih sama ada untuk menerima, menyekat, melihat atau
mengedit saluran untuk menerima mesej perkhidmatan
maklumat (mesej penyiaran). Juga pilih bahasa mesej
perkhidmatan maklumat.
Templat Terdapat mesej pra-tentu di dalam senarai ini. Anda boleh
melihat dan mengedit mesej templat atau membuat mesej baru.
Tetapan mesej Menu ini membenarkan anda untuk menetapkan ciri pembekal
khidmat rangkaian anda.










