Owner's Manual

24
Peranti elektronik
Semua telefon mudah alih mungkin mendapat gangguan, yang boleh
menjejaskan prestasi.
Jangan gunakan telefon mudah alih anda berhampiran kelengkapan perubatan
tanpa meminta kebenaran. Elakkan meletakkan telefon pada perentak jantung,
cth. dalam poket dada anda.
Keselamatan jalan
Periksa undang-undang dan peraturan mengenai penggunaan telefon bimbit di
kawasan-kawasan tempat anda memandu.
Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa memandu.
Gunakan kit bebas tangan, jika tersedia.
Keluar dari jalan raya dan letak kereta sebelum membuat atau menjawab
panggilan jika keadaan pemanduan memerlukan anda berbuat demikian.
Kawasan letupan
Jangan gunakan telefon di mana peletupan sedang dijalankan. Perhatikan
sekatan,dan patuhi sebarang peraturan atau undang-undang.
Suasana berpotensi letupan
Jangan gunakan telefon pada tempat mengisi semula. Jangan gunakan
berhampiran bahan bakar atau bahan kimia.
Dalam pesawat
Peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam pesawat.
Matikan telefon bimbit anda sebelum menaiki sebarang pesawat.
Garis panduan untuk penggunaan yang selamat dan cekap. (Bersambung)