Owner's Manual

6
Jangan dedahkan telefon kepada
cecair atau kelembapan.
Guna aksesori seperti fon
telinga dengan berhati-hati.
Jangan sentuh antena jika tidak
diperlukan.
Operasi telefon berkesan
Peranti elektronik
Semua telefon mudah alih mungkin
mendapat gangguan, yang boleh
menjejaskan prestasi.
Jangan gunakan telefon
mudah alih anda berhampiran
kelengkapan perubatan tanpa
meminta kebenaran. Elakkan
meletak telefon di atas perentak
jantung, contohnya, dalam poket
dada anda.
Sesetengah alat bantuan
pendengaran mungkin diganggu
oleh telefon mudah alih.
Gangguan yang sedikit boleh
menjejas TV, radio, PC, dan
sebagainya.
Keselamatan jalan
Periksa undang-undang dan
peruntukan mengenai penggunaan
telefon mudah alih di dalam
kawasan pemanduan anda.
Jangan gunakan telefon pegang
tangan semasa memandu.
Beri perhatian penuh kepada
pemanduan anda.
Gunakan kit bebas tangan, jika
tersedia.
Keluar dari jalan raya dan letak
kereta sebelum membuat atau
menjawab panggilan jika keadaan
pemanduan memerlukan anda
berbuat demikian.
Tenaga RF mungkin menjejaskan
sesetengah sistem elektronik dalam
kenderaan anda seperti stereo kereta
dan kelengkapan keselamatan.
Apabila kenderaan anda
dilengkapi beg udara, jangan
halangnya dengan kelengkapan
wayarles yang dipasang atau
yang mudah alih. Ia mungkin tidak
berfungsi atau menyebabkan
kecederaan serius disebabkan
prestasi yang tidak betul.
Jika anda mendengar muzik
ketika bergerak dan berjalan, sila
pastikan bahawa kelantangannya
berada pada paras yang
berpatutan agar anda sedar
akan keadaan di sekeliling anda.
Ini amat penting terutamanya
semasa berhampiran dengan
jalan.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efi sien