Owner's Manual

7
Elakkan kerosakkan pada
pendengaran anda
Kerosakan kepada pendengaran
anda boleh berlaku jika anda
terdedah kepada bunyi yang
kuat untuk tempoh yang lama.
Kami dengan ini mengesyorkan
anda tidak menghidupkan atau
mematikan telefon bimbit yang
berhampiran dengan telinga anda.
Kami juga menyarankan bahawa
kelantangan muzik dan panggilan
ditetapkan pada paras yang
berpatutan.
Kawasan letupan
Jangan gunakan telefon di mana
peletupan sedang dijalankan.
Perhatikan sekatan,dan patuhi
sebarang peraturan atau undang-
undang.
Suasana berpotensi
letupan
Jangan gunakan telefon pada
tempat mengisi semula.
Jangan gunakan berhampiran
bahan bakar atau bahan kimia.
Jangan angkut atau simpan
gas mudah terbakar, cecair
atau bahan letupan dalam
petak kenderaan anda yang
mengandungi telefon mudah alih
dan aksesori anda.
Di dalam kapal terbang
Peranti wayarles boleh
menyebabkan gangguan di dalam
pesawat.
Matikan telefon mudah alih anda
sebelum menaiki apa-apa kapal
terbang.
Jangan gunakannya apabila
mendarat tanpa izin anak kapal.
Kanak-kanak
Simpan telefon di tempat yang
selamat dan jauh daripada kanak-
kanak kecil. Ia termasuk bahagian
kecil yang boleh menyebabkan
bahaya tercekik jika ia ditanggalkan.
Panggilan kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin
tidak tersedia di bawah semua
rangkaian mudah alih. Oleh itu,
anda tidak seharusnya bergantung
pada mana-mana telefon untuk
panggilan kecemasan. Semak
dengan pembekal khidmat
tempatan anda.