Owner's Manual

8
Maklumat dan penjagaan
bateri
Anda tidak perlu menyahcas
bateri sepenuhnya sebelum
mengecasnya semula. Tidak
seperti sistem bateri yang lain,
tiada kesan memori yang boleh
menjejaskan prestasi bateri.
Gunakan hanya bateri dan
pengecas LG. Pengecas LG direka
bentuk untuk memaksimumkan
hayat bateri.
Jangan buka atau litar pintaskan
pek bateri.
Pastikan sentuhan logam pada
bateri sentiasa bersih.
Gantikan bateri apabila ia tidak
lagi memberi prestasi yang
boleh diterima. Pek bateri boleh
dicas semula beratus-ratus kali
sehingga ia perlu digantikan.
Cas semula bateri jika ia
tidak digunakan buat tempoh
masa yang lama untuk
memaksimumkan kebolehgunaan.
Jangan dedahkan pengecas
bateri kepada cahaya matahari
langsung atau gunakannya pada
kelembapan yang tinggi, seperti
di bilik air.
Jangan biarkan bateri di tempat
yang panas atau sejuk, ini
mungkin menjejaskan prestasi
bateri.
Terdapat risiko letupan jika bateri
digantikan dengan jenis yang salah.
Lupuskan bateri yang telah
digunakan mengikut arahan
pengilang. Sila kitar semula
apabila boleh. Jangan lupuskan
sebagai sampah rumah tangga.
Jika anda hendak menggantikan
bateri, bawa ia ke pusat servis
LG Electronics atau penjual yang
disahkan untuk mendapatkan
bantuan.
Sentiasa tanggalkan pengecas dari
soket dinding selepas telefon dicas
sepenuhnya untuk menjimatkan
kuasa pengecas daripada
penggunaan yang tidak diperlukan.
Hayat sebenar bateri bergantung
pada tatarajah rangkaian, tetapan
produk, corak penggunaan,
keadaan bateri dan alam sekitar.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efi sien