Owner's Manual

Apendiks
Apendiks
Kemas kini perisian telefon
Kemas kini perisian telefon mudah alih LG daripada Internet
Untuk maklumat lanjut tentang cara menggunakan fungsi ini, sila lawati
http://www.lg.com/common/index.jsp pilih negara dan bahasa anda.
Ciri ini membolehkan anda mengemas kini perisian tegar telefon anda
kepada versi terkini daripada Internet tanpa perlu melawati pusat servis.
Ciri ini tersedia hanya jika dan apabila LG membuat versi lebih baru
perisian tegar yang tersedia bagi peranti anda.
Oleh kerana pengemaskinian peralatan tegar telefon mudah alih
memerlukan perhatian penuh pengguna sepanjang tempoh proses kemas
kini, sila pastikan anda memeriksa semua arahan dan nota yang muncul
pada setiap langkah sebelum meneruskannya. Sila ambil perhatian bahawa
menanggalkan kabel data USB semasa naik taraf boleh menyebabkan
kerosakan teruk kepada telefon mudah alih anda.
NOTA
•
LG berhak membuatkan kemas kini peralatan tegar hanya tersedia bagi model
terpilih mengikut budi bicaranya sendiri dan ini tidak menjamin ketersediaan
versi lebih baru peralatan tegar bagi semua model telefon bimbit.
Kemas kini perisian Telefon Mudah Alih LG melalui teknologi
Oper-the-Air (OTA)
Ciri ini membolehkan anda mengemas kini perisian telefon anda kepada
versi lebih baru dengan mudah melalui OTA, tanpa menyambung
menggunakan kabel data USB. Ciri ini tersedia hanya jika dan apabila LG
membuat versi lebih baru perisian tegar yang tersedia bagi peranti anda.
Anda hendaklah menyemak versi perisian pada telefon mudah alih anda
terlebih dahulu: Tetapan > tab Umum > Mengenai telefon > Pusat
kemaskini > Kemaskini perisian > Semak sekarang untuk kemas kinian.