Owner's Manual

Tentang panduan pengguna ini
Terima kasih kerana memilih LG. Sila baca panduan pengguna ini dengan
teliti sebelum menggunakan peranti buat kali pertama untuk memastikan
keselamatan dan penggunaan yang betul.
•
Selalu gunakan aksesori LG yang tulen. Item yang dibekalkan adalah direka
bentuk hanya untuk peranti ini dan mungkin tidak serasi dengan peranti yang
lain.
•
Peranti ini tidak sesuai untuk orang yang mempunyai masalah visual
disebabkan oleh papan kekunci skrin sentuh.
•
Huraian berdasarkan tetapan lalai peranti.
•
Aplikasi lalai pada peranti tertakluk kepada kemas kini dan sokongan untuk
aplikasi ini mungkin ditarik balik tanpa notis lebih awal. Jika anda mempunyai
sebarang soalan tentang aplikasi yang disediakan dengan peranti, sila hubungi
Pusat Perkhidmatan LG. Untuk aplikasi yang dipasang pengguna, sila hubungi
pembekal perkhidmatan yang berkaitan.
•
Mengubah suai sistem pengendalian peranti atau memasang perisian daripada
sumber yang tak rasmi akan merosakkan peranti dan menyebabkan kerosakan
atau kehilangan data. Tindakan sedemikian akan melanggar perjanjian lesen LG
dan membatalkan waranti anda.
•
Sesetengah kandungan dan ilustrasi mungkin berbeza daripada peranti anda
bergantung pada wilayah, pembekal khidmat, versi perisian atau versi OS dan
tertakluk kepada perubahan tanpa notis lebih awal.
•
Perisian, audio, kertas dinding, imej, dan media lain yang dibekalkan bersama
peranti anda telah dilesenkan untuk penggunaan terhad. Jika anda memetik
dan menggunakan bahan-bahan ini untuk tujuan perdagangan atau tujuan lain,
anda mungkin melanggar undang-undang hak cipta. Sebagai pengguna, anda
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penggunaan media yang tidak sah di
sisi undang-undang.
•
Caj tambahan mungkin akan dikenakan untuk perkhidmatan data, seperti
perkhidmatan pemesejan, memuat naik, memuat turun, penyegerakan auto dan
perkhidmatan lokasi. Pilih pelan data yang sesuai dengan keperluan anda untuk
mengelakkan caj tambahan. Hubungi pembawa perkhidmatan anda untuk
mendapatkan butiran tambahan.
BAHASA MELAYU