Owner's Manual

1110
•
Apabila kenderaan anda dilengkapi beg udara, jangan halangnya
dengan kelengkapan wayarles yang dipasang atau yang mudah alih.
Ia mungkin tidak berfungsi atau menyebabkan kecederaan serius
disebabkan prestasi yang tidak betul.
•
Jika anda mendengar muzik ketika bergerak dan berjalan, sila pastikan
bahawa volum berada pada paras yang berpatutan agar anda sedar
akan keadaan di sekeliling anda. Ini khususnya amat penting jika anda
berdekatan jalan raya.
Elakkan kerosakkan ke pendengaran anda
Untuk mencegah kerosakan pendengaran, jangan mendengar pada
tahap volum yang tinggi untuk tempoh yang panjang.
Kerosakan kepada pendengaran anda boleh berlaku jika anda terdedah
kepada bunyi yang kuat untuk tempoh yang lama. Kami dengan ini
mengesyorkan agar anda tidak menghidupkan atau mematikan telefon
mudah alih berhampiran dengan telinga anda. Kami juga mengesyorkan
bahawa volum muzik dan panggilan ditetapkan pada paras yang
berpatutan.
•
Apabila menggunakan fon kepala, kurangkan volum jika anda tidak
dapat mendengar orang yang bercakap berdekatan dengan anda atau
jika orang yang duduk di sebelah anda dapat mendengar apa yang
sedang anda dengar.
NOTA
•
Tekanan bunyi yang melampau dari fon telinga dan fon kepala boleh
menyebabkan kehilangan pendengaran.
Bahagian Kaca
Beberapa bahagian peranti mudah alih anda dibuat daripada kaca. Kaca ini
akan retak atau pecah jika telefon anda terjatuh ke atas permukaan yang
keras atau menerima impak yang kuat. Jika kacanya pecah, jangan sentuh
atau cuba untuk menanggalkannya. Berhenti menggunakan peranti mudah
alih anda sehingga kaca diganti oleh pembekal khidmat yang diluluskan.
Kawasan letupan
Jangan gunakan telefon di mana peletupan sedang dijalankan. Patuhi
sekatan dan ikut sebarang aturan dan peraturan.
Persekitaran boleh meletup
•
Jangan gunakan telefon di tempat mengisi minyak.
•
Jangan gunakan berhampiran bahan api atau bahan kimia.
•
Jangan angkut atau simpan gas mudah terbakar, cecair atau bahan
letupan di dalam ruang yang sama dengan yang mengandungi telefon
mudah alih anda dan aksesorinya.
Di dalam pesawat
Peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam pesawat.
•
Matikan telefon mudah alih anda sebelum menaiki sebarang pesawat
terbang.
•
Jangan gunakannya apabila mendarat tanpa izin anak kapal.
Kanak-kanak
Simpan telefon di tempat yang selamat dan jauh daripada kanak-kanak
kecil. Ia termasuk bahagian kecil yang boleh menyebabkan bahaya tercekik
jika ia tertanggal.
Panggilan kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin tidak tersedia di bawah semua rangkaian
mudah alih. Oleh itu, anda tidak sepatutnya bergantung semata-mata
kepada telefon anda untuk membuat panggilan kecemasan. Semak
dengan pembekal khidmat tempatan anda.
Maklumat dan penjagaan bateri
•
Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya sebelum mengecasnya
semula. Tidak seperti sistem bateri lain, tiada kesan memori yang
boleh menjejaskan prestasi bateri.
•
Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas LG direka bentuk
untuk memaksimumkan hayat bateri.
•
Jangan buka pemasangan atau litar pintaskan bateri.