User Manual

7
h di
an
an
an
Jika anda mendengar muzik ketika
bergerak dan berjalan, sila pastikan
bahawa volum berada pada paras yang
berpatutan agar anda sedar akan keadaan
di sekeliling anda. Ini khususnya amat
penting jika anda berdekatan jalan raya.
Elakkan kerosakkan ke
pendengaran anda
Kerosakan kepada pendengaran anda boleh
berlaku jika anda terdedah kepada bunyi
yang kuat untuk tempoh yang lama. Kami
dengan ini mengesyorkan agar anda tidak
menghidupkan atau mematikan telefon
mudah alih berhampiran dengan telinga
anda. Kami juga mengesyorkan bahawa
volum muzik dan panggilan ditetapkan pada
paras yang berpatutan.
Apabila menggunakan fon kepala,
kurangkan volum jika anda tidak dapat
mendengar orang yang bercakap
berdekatan dengan anda atau jika orang
yang duduk di sebelah anda dapat
mendengar apa yang sedang anda dengar.
NOTA: Tekanan bunyi melampau
daripada fon telinga boleh menyebabkan
kehilangan pendengaran.
Bahagian Kaca
Beberapa bahagian peranti mudah alih
anda dibuat daripada kaca. Kaca ini akan
retak atau pecah jika telefon anda terjatuh
ke atas permukaan yang keras atau
menerima impak yang kuat. Jika kacanya
pecah, jangan sentuh atau cuba untuk
menanggalkannya. Berhenti menggunakan
peranti mudah alih anda sehingga kaca
diganti oleh pembekal khidmat yang
diluluskan.
Kawasan letupan
Jangan gunakan telefon di mana peletupan
sedang dijalankan. Patuhi sekatan dan ikut
sebarang aturan dan peraturan.
Persekitaran boleh meletup
Jangan gunakan telefon di tempat mengisi
minyak.
Jangan gunakan berhampiran bahan api
atau bahan kimia.
Jangan angkut atau simpan gas mudah
terbakar, cecair atau bahan letupan di
dalam ruang yang sama dengan yang
mengandungi telefon mudah alih anda dan
aksesorinya.